Thursday, January 6, 2011

2011

salam.

wahhh. lihat lah dunia. sudah berbulan2 aku tak jenguk ke blog ni. berpenunggu sudah. haishh. malas nak cakap kenape coz who cares kan. tambah plak manusia yang tada nama dan rupa ni..

maybe tak telalu lewat untuk aku mengucapkan selamat menyambut kedatangan tahun 2011. seven eleven. hehe. so, setiap tahun aku tade azam pun, cuma harap setiap perkara yang aku tempuh, semoga laluan nya di permudahkan oleh Allah swt.

tapi! masuk je tahun 2011.. secara tidak langsung umor aku dah menjengah usia jubli perak. maka, amat lah perlu untuk aku menentukan hala tuju aku dengan sedikit panduan. acehhh.

aku dah buat list, tapi list tu hilang. besa la time semangat berkobar2 siap tulis pakai marker kat kertas warna2 lagi, bila cari balik dah hilang. aku rasa mak aku sorok. ;)

walaubagaimanapun aku amik pendekatan dan konsep perkembangan diri mengikut aspek JERI. haaaa. sapa hapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan mesti tauuuu.

pendekkan cerita, aku nak share la sikit kat hangpa suma, kot2 la boleh jadi panduan kat hangpa jugak.

J = JASMANI
E = EMOSI
R = ROHANI
I = INTELEK

faham? so aspek jasmani aku harap aku dapat mengekalkan kesihatan aku even aku ada bnyk penyakit berbangkit sepeti sindrom tak dapat kontrol kegilaan bile dgn kawan2 dan family. aku jugak harap tahun ni aku dapat menurukan berat badan ideal aku 48kg-53kg which is now i am obesiti. aku jugak harap tahun ni aku aku akan bekerja dengan tuntas. coz penantian satu penyeksaan. cepat posting means cepat for eveythings..;) aku jugak harap dapt kumpul duit sebanyak mungkin untuk mengelakkan loan untuk menganjurkan majlis perkahwinan. dapat memiliki harta peribadi sepeti handphone beli sendiri coz selama ni asik org bg. beli baju n sur bnyk2 ikut saiz S

aspek emosi pulak aku harap aku dapat mengekalkan hubungan baik yang terbina antara ahli keluarga. yeke?. ngekalkan hubungan baik dengan rakan2, teman2 baik, dan juga boifren. aku jugak harap dapat melawan emosi marah dan bengang aku supaya orng lain tak terkena tempiasnya. dan harap2 aku tak payah mengambil ubat preskripsi oleh doktor untuk menangani stress di dalam perhubungan. heh! dah mcm artis hollywood.

rohani. haa. ni aspek paling penting yang aku tekan kan. terlalu over untuk dinyatakan disini tapi konklusinya aku ingin mewujudkan hubungan yang lebih baik dengan Allah SWT. supaya Allah menerima aku sebagai salah satu makhluk yang mendapat perlindungan dari Nya.. Amin.

aspek intelek, aku harap aku lebih banyak menggunakan kemahiran berfikir dalam menangani masalah, bukan emosi yang di atas tadi. heh, selain itu puan2 aku harap aku dapat meningkatkan tahap keintelektualan aku dengan banyak membaca dan membeli buku2 ilmiah yang selama ni tak pernah kau buat. embarassssssing. dan juga menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi!

ok.. cukup untuk ari ni, aku dah lama x menaip. kekok sampai nak berkokok plak rase.

bye everyone ala2 oprah winfrey.

love.


Thursday, September 23, 2010

i love the way u lie

bila nak ada duit banyak ni? lambatnya nak berduit, banyak benda aku nak buat, nak settle, nak itu nak ini, bak kata healer, aku seorang perempuan yang mudah terpengaruh dengan sekeliling, perlu di bimbing, di belai supaya x tersasar dr landasan. eh? pehal plak belai bro? lu ni macam macam la bro. batai air semayang wa.

hmm. sedih la. tapi aku rasa masa aku akan tiba jugak, even lambat, lebih baik dari tak dapat. aku bukan seorang penyimpan mohor mohor besar dan wang wang besar so aku hanya gunakan mata wang RM yang kecik-kecik aje, tapi tuntutan aku memerlukan berdolar-dolar amerika.

aku kuat berangan macam siti kelembai. tapi bila aku berangan, jauh aku tanam rapat rapat dalam hati aku yang aku akan capai angan angan tu walaupun terpaksa memakan masa yang tak berupaya untuk di kira. yang penting usaha. bila aku berangan dan tiba tiba mentol oren keluar kat tepi kepala sebelah kiri, aku cepat-cepat kol healer. dia macam biasa la.. melayaaann. kadang2 aku kacau dia keje semata-mata nak gtau benda2 yang remeh dan boleh je kalau nak cakap bila dia habis keje, pakkal ( perkataan baru aku belajar ) aku ni seorang sunti yang terlebih excited so.. layan.

kalau aku teringin nak apa apa kan, aku akan col helaer even dia tengah tdo sekalipun cakap aku nak itu nak ini. dia akan cakap... "ok.. nnt kita beli ehh.." tup. aku dah hepi walopun aku tau dia ye kan aje. sebab kebiasaanya kita akan meminta minta dengan orang yang kita sayang je. tatau la kan denagn orang lain, tapi aku mmg mcm tu, nak apa2 lebih selesa mintak orang yang di sayangi beli, lebih value gitu, tapi masalahnya dengan healer je aku gitu dengan orang lain x jugak.aku selalu tanya dia aku ada gaya pengikis x? dia jawab " eh takkk... b bukan pengikis, b penambah." haha. sikit waktu lagi dia dah bergaji. hurayyy. aku dah mintak something special.

MINTA JUMPA.

hee. banyak kan duit nak guna kalo kita jumpa. so u kene melabur la bro. untuk masa hadapan. lagi-lagi u cakap i ni mudah terpengaruh dengan sekeliling. dah keliling i tade u. hooooho.

aku panggil hari tersebut hari pen-stabilan hati dan emosi.


love no war

Friday, September 17, 2010

kalau ada jodoh tidak Lah kemana.

merujuk kepada perkara di atas, aku berasa terpanggil untuk berbincang isu ini secara serius
banyak yang berlaku sejak dua menjak ni dan buat aku bnyk berfikir tentang hubungan.
hmm. banyak yang aku nak ulas, tapi mak dah panggil balik beli ikan bilis. Jap eh..

hi. meh kita sambung balik.. sejak dua menjak ni aku banyak berfikir tentang perhubungan. hubungan ibu dan ayah, adik dan kakak, abang dan adik, lover with lover. hmm. buat kepala aku runsing.

berfikir dan berfikir aku dapat kuarkan sesuatu dari kotak pemikiran aku. iaitu aku memang tak ready untuk get serious dalam hubungan. maksud aku, aku tanak terlalu fikirkan tentang hubungan yang terlalu jauh, tunang or kahwin. jujurnya aku dgn healer mmg ada perancangan ke arah tu dan aku amat berkeyakinan terhadap keseriusan kata-kata dia. plus, aku mmg tak boleh nak argue tentang hujah2 dia. malangnya ada beberapa perkara berkaitan hati, pengalaman dan persekitaran yang buatkan aku banyak berfikir.

please la. urhh.

healer mesti akan pikir bukan2 bila aku cakap mcm ni, tapi percaya lah, aku kurang yakin dengan cinta kebelakangan ni, tah la, berdasarkan pengalaman, dalam mana2 perhubungan mmg akan ada stage2 dia, so aku rasa sekarang aku berada di stage yang kurang keyakinan. aku tanak nnt bila di hari nikah, aku lari dari masjid, jatuh tangga dan kasut terpaku kat dahi. uuh. faham kan.

aku ada cakap dengan healer tentang perkara ni, tapi aku tanak dia fikir yang aku tak serius plak dengan dia. sebenarnya aku sangat serius bila berada dalam relationship. aku mmg all out la. tapi tahh.. maybe kejadian dan persekitaran aku akhir2 ni mempengaruhi pemikiran aku. serius.

cuti raya ni aku banyak habiskan masa dgn kawan2 lama yg mmg lama aku x jumpa dorang, banyak jugak cerita yang baik dan kurang baik yang kitaorang share. ada tangisan, ada ketawa, ada plak laraaaa. discussed2 and then buat kan aku mula muhasabah diri.

bercakap tentang jodoh.. hmm.. aku kadang2 susah nak faham dengan konsep jodoh. jodoh pertemuan ajal maut kuasa tuhan. admit. betol memang. tapi kalo sentuh pasal jodoh aku mula rasa ada benda yang tak kena.

aku sayangkan hubungan aku sekarang tetapi dalam masa yang sama aku takut. takut apa? macam-macam. aku tak rasa aku bersedia sepenuhnya untuk menggalas tanggungjawab sebesar seorang isteri. tengok aje la mak aku.

sekarang aku cuba untuk serahkan segalanya pada kuasa Allah, kita hanya mampu merancang, Allah bakal menentukan, usaha tangga kejayaan. InsyaAllah. thanks mak dan friends yang banyak memberi nasihat sejak akhir2 ni. thanks jugak kepada pengalaman dan persekitaran yang mematangkan.

still. kalau ada jodoh tidak lah ke mana.. hai dondang la sayang..

love u.

Tuesday, July 20, 2010

sayonara

selamat tinggal dunia kampus. report submitted.

rindu dgn kawan-kawan lama.

dinner yang best last nite.

bye semua. jumpa lagi konvo

Thursday, July 1, 2010

ringan sama di jinjing


OBSERVATION LATIHAN MENGAJAR? BYE.


aku rasa macam nak hempas kepala kat bantal gemuk kat rumah. sedap kalau bantal tu boleh pijak kepala aku sampai jiran aku datang pecahkan tingkap dek bunyi tanda aku gembira bila tidur.


Terima kasih En Ghazali Hamid, pensyarah yang aku kurang kenali masa kat uni dulu, alih2 datang observe aku, jadi apa walau bagai mana pun, saya mengucapkan terima kasih kerana hanya menamatkan sesi penilaian pada hari ini, dia kata aku menunjukkan peningkatan. itu anggapan baik. kerana jika tidak, mungkin dia akan datang untuk menilai pada sesi ke 3. oh no no. dia banyak memberi aku ilmu yang mungkin aku tak dapat masa kelas kaedah mengajar atau microteaching dulu. jadi pendidik yang berjaya. InsyaAllah.


kepada guru pembimbing, garang. terima kasih di atas markah anda yang mahal seperti biskut weetamel jacobs yang sangat sedap. takpe, saya ok.


rupa aku sangat la happy sekarang ni. tapi report untuk sesi kaunseling? urghh. 20 jam je baru. macam mana nak habiskan lagi 180 jam dengan peruntukan masa selama 2 hari sebelum observation kaunseling pulak menyusul. takpa air cond sejuk kat lobi hotel traders kamunting mungkin buat Prof. selesa dengan halaman fail yang kosong. ;)


ok. aku dah puas meracau.
** Gambar di atas sekadar hiasan. aku dapat A paper tue.

love.