Thursday, November 13, 2008

kita hanya merancang

aku rasa kak cik aku sekarang ni mesti tak sabar-sabar nak cepat-cepat langsungkan majlis perkahwinan dia 15hb nanti. aku rasa dia juga sekarang ni sedang buat mak dengan ayah aku pening kepala fikir pasal majlis dia tu. aku juga tahu dia sekarang ni mesti menggeletis semacam. okey, ini bab kuning. jangan fikir.

nak kahwin senang kat mulut, tapi susah kat hati. itu mak cakap. aku tanya kakak aku apa perasaan dia. dia cakap dia tak ada perasaan. dia memang, dia memang tak ada perasaan sebab dia lah anak yang tidak berperasaan. dia putus tunang dua kali, relaks jer, kali ni dia terus kahwin. nak tunang lagi, jangan harap kau. abang ipar aku umur dia sekarang 25 tahun. kakak aku sekarang 29 tahun. aku 22 tahun. so, kau orang rasa la kan, kakak aku masa dia umur 22 tahun, dia pernah fikir nak kahwin macam aku tak? ;)
did i mentioned.? ;)

aku rasa ada baik jugak kalau kita, maksud aku, aku dan kau orang fikir tentang sesuatu yang kau orang rasa tak perlu di fikirkan sekarang. sebab bila kita fikirkan tentang itu, kita ada satu perancangan. tapi kadang-kadang, kita kena berhati-hati, kadangkala apa yang kita rancang tak akan sama seperti apa yang kita harapkan. aku selalu cakap aku nak kahwin sebelum umur aku 25 tahun. sekarang umur aku 22 tahun. duhh. maknanya ada 3 tahun lagi. huh? aku rancang je beb, jangan selabah, relaks. tapi bila aku dah sampai stage ni, aku rasa..

1. aku tak ada lelaki itu.
2. aku nak sambung study. master, phd. pahad ke liang lahad.
3. aku tak peduli..

jadi perancangan is still perancangan. kita merancang, tuhan tentukan. aku juga selalu rasa senang bila apa yang aku rancangkan sering dapat galakan dan sokongan. contoh : bila terkenangkan kenangan dengan arwah tok cik aku dulu..

" tokcik, kami kalau nak kawen kan, kami nak kawen dengan laki yg dok jauh jauh."
" haa.. cer nengok pusat ang, masuk ke dalam ke keluor?"
" dalam tokcik.."
" ha, orang jauh la tue"

aku suka, aku happy.
aku rindu dia. al-fatihah.

still, aku merancang.

remaja dan clique berborak.( 2005 )

si teman baik : "eh syikin, aku kalau tadak umoq 29 tahun jgn harap aku nak kawen"
si lawan cakap : " haa. aku tamau.. aku nak kawen awai.."

si teman baik, ketika berumur 19 tahun, sudah berkahwin. anak dia dah panggil aku makcik. weh, weh, aku cute lagi.

jangan cakap, kerana kau hanya merancang.

kakak aku yang nombor dua, merancang untuk tidak akan berkahwin atau berkawan dengan lelaki yang lebih muda.kalau aku tak salah dan aku tak lupa, masa dia study dekat matrikulasi dulu, ada seorang lelaki yang sangat suka kan dia. aku masih ingat lagi masa itu, aku tanya.

" angah, kenapa angah tamau kat abang tu? abang tu handsome la.."
" ee.. tanak la, muda setahun.."

nah. sekarang kak ngah aku sedang bercinta dengan lelaki sebaya aku. bayang kan. aku means dia = 22. kak ngah = 30. kau orang rasa apa aku nak panggil dia, abang ngah? bulu aku tegak.

sekali lagi, kau hanya merancang.

aku tak tahu apa ayat yang paling sesuai untuk segelintir orang yang cakap serupa esok apa yang terpacul kat mulut dia orang tu, akan betul betul terjadi. so, tak salah merancang, perancangan sangat bagus, tapi kita kena selalu beringat, Allah Maha Berkuasa.

malam ni, saat ini, aku ada cita-cita, aku bercita-cita untuk memiliki seseorang untuk aku paste kat hati ni ha. kau orang ada calon? aku merancang untuk bersabar. perancangan aku sehingga kini ada unsur-unsur yang boleh jahanamkan perkembangan kognitif dan sosial emosi aku. tapi aku berlagak cool. aku sakit hati bila fikir,setiap apa yang aku rancang, seolah-olah tiada lagi pemberat yang boleh seimbangkan keadaan.

sekali lagi, aku hanya merancang, eh untuk awak juga, awak hanya merancang. amik kau sebijik.

ALLAH sayangkan kita.

rancangan apa best kat TV sekarang ha?

ngantok,
love

No comments: