Thursday, January 1, 2009

2009

Selamat Datang 2009.

tahun 2008 adalah tahun yang indah bagi aku. dah jadi kenangan dah jadi sejarah. aku belajar banyak benda banyak perkara, aku kenal banyak orang aku faham pelbagai ragam. aku juga menopaus tahun lepas. ;)

semoga tahun ini membawa keberkatan dan kejayaan dalam hidup aku dan anda semua. azam ialah satu doa. azam ialah satu usaha. azam bukan air zam-zam. azam bukan azam boifren kau orang. azam adalah satu tekad yang berterusan. bukan tunggu tahun baru baru nak berebut nak buat azam baru. aku kira itu foyo. hari-hari kene berazam, faham.? kalau kita tak dapat buat sesuatu dengan baik hari ini, perbaiki untuk hari esok. faham.? heh. okeh. tahun ni aku nak boifren satu, hari2 nak berusaha nih. adeehh. tazkirah untuk hari ini.

malam tahun baru. kami tak menyambut, kami cuma ingin bersama. sayang kau orang. FORUM PERDANA HAL EHWAL ISLAM. ;)

semalam aku baru start pergi kelas. shiuutt. bosan. bukan bosan apa, lecturer tak datang. kalau betul minggu add drop tak ada apa-apa. apa kata buat memo kat portal " ni minggu add drop, korang nak datang ke tanak ikot suke korang.. lepas minggu add drop korang x dtg lg, korang jgn dtg2 da k?. " ha. kan senang macam ni, tapi tak salah gak, ramai lagi budak-budak yang tak balik lagi, hmm. apa2 pun jom cek aku di hari pertama ke kuliah.

otw ke kuliah, untuk pengetahuan aku suka mulakan hari pertama semester baru dengan PINK. aku kira itu feminin. sangatttt.

peace 2009.

ha. ini adalah aku pada pagi tadi, aku tak kata aku suka mulakan hari kedua, semester baru dengan warna hitam aaa.. heh.

sekarang aku masih berbaju ini, tak reti tukar ke hoi?

aku tahu aku akan penat semester ini, 7 subjek dengan paper yang beraras tinggi. serius. aku tak sedar aku dah semester 6. aku dah senior. setiap kali attendance, nama dah kat front page siott.. best. best.

doakan aku untuk semester ini, aku perlu naik kan CGPA aku. PERLU.

cube la kau orang check time table aku sem ni, apa kata anda.? aku perlu 3.5 ke atas dan aku perlu berusaha lebih. kelas aku straight, tapi lebih baik begitu, kalau terlalu panjang gap, aku semakin terarah untuk pulang ke kolej dan tidur. kreekk.;0


then, love.

No comments: