Thursday, February 5, 2009

entry marathon

Di sebabkan aku dah semakin malas nak ber-blogging ekoran masa dan sikap / sifat malas semakin menjadi-jadi. so, aku rasa jalan terbaik ialah aku nak jadikan entry kali ini entry marathon. Puas hati aku. Terpulang lah pada mata yang nak membaca atau yang kurang selesa ( coz panjang berjela ) klik je pangkah kat atas tetingkap sanaaa.

1. Life/hidup

Ok, life aku sebagai pelajar, tanggungjawab utama ialah of course laa study kan, tapi bagi kebanyakan kita ( pelajar ) terutamanya pelajar institusi pengajian tinggi, rangkuman maksud BELAJAR tu tipikal GILA. ATTEND class, BORAK, ada GAP, pergi MAKAN, LIBRARY? Jangan harepp. DISKUSI? Ok, pergi jalan. ASSIGNMENT. Tunggu 3 hari submission date baru tergopoh gapah cari BAHAN. FINAL EXAM? Esok nak exam, hari ini baru nak print notes untuk catch up WHOLE SEMESTER. See? Ini baru sikit, pantang ada cuti je, Hari Kaamatan, Thaipusam, Gawai, Wesak.. semua orang tak kira bangsa dan agama pun ambil KESEMPATAN meronggeng ke sana sinun. DUIT habis jangan TANYA. TUKAR GADGET setiap semester. Hmm. Yang penting masa muda jangan DI ABAI begitu sahaja. BETUL? ;)

Aku tak cakap kau orang la, terasa pulookk.. ini semua perangai students kat Madagascar je.. kita pelajar IPTA/S Malaysia bagussss. Sangaaaaaaaaatt.

Omong-omong, aku cakap untuk diri sendiri jugak ni, banyak yang aku abaikan sepanjang 6 semester aku kat sini, belajar main-main aje. Hmm. Sedih mak ayah aku kan? Terima kasih kawan-kawan yang banyak “ membantu ”..;)
Semester ni, semester pendek, so ada banyak benda nak kena catch up, semua assignment nak kena hantar awal, final exam just in April wehhh.. aku ada Makroteaching beb! Im not ready.

Aku bakal guru dan kaunselor. Layak kah?

Istighfar.. insyaAllah..;)

2. Love/cinta

Ok, bab ni aku suka amat nak cakap. Haha. So typical. Hmm. Sekarang ni status aku ialah parasit. Well.. akak dah tak kisah non.. aku menumpang kasih sayang orang lain. ( jangan la Tanya siapa ok ) Aku dah gemuk hisap kasih sayang orang weh. Tinggal tak boroi je ni. Bukan apa, aku tak nak membazir kasih sayang.. biar lah, kasih sayang yang sepatutnya aku tumpahkan kat SI DIA yang masih belum aku temui terisi dengan kehadiran “mereka” yang menyayangi aku. Baru lah kasih sayang tu tak bazir begitu sahaja. Ye dok mung? Aku sedar cinta bukan sesuatu yang mudah untuk di perkatakan. Setiap orang ada worldview masing-masing. Aku sedar diri. Orang panggil aku memey suhasyikin. Wehh.. aku lepak jerrrr.. ( cerita lain, nanti ada peluang aku buat entry khas )

Kita semua sentiasa ada pilihan dalam hidup, sentiasa berpeluang membuat pilihan dan pilihan sentiasa ada di hadapan kita, kadang kadang aku bingung untuk membuat pilihan, kerana merah jambu dan merah, aku gagal akhirnya memililiki sepasang kurung untuk RAYA. Sekiranya ada sesiapa sekali lagi menyuruh aku membuat pilihan antara dua lelaki di bawah, sekali lagi aku akan GAGAL. Heehh.. I love u both.


Di sebabkan pilihan, aku memilih untuk tidak menghebahkan kepada kebanyakan teman yang aku bukan pengguna MAXIS lagi. Masa untuk bertukar. Di sebabkan pilihan untuk tidak lagi berhubung dengan cinta-cinta lama, aku setia dengan 4049. hee..;)

Cinta aku pada penantian ITU. Aku rasa kadang kala pendirian aku goyah, tapi kebelakangan ini aku sudah semakin rasional dalam membuat keputusan berkaitan de amor. Cinta dalam hati. Ada relevannya juga kan? So, aku serah kan hal itu ( my biggest hopes ) pada Allahukhalik.


3. Engagement/ pertunangan

Semester ini aku dengar soh seh beberapa besties aku nak bertunang. Perghhhh. Melampaui batas batasan betul. Tak la. Aku tumpang gembira walaupun dalam hati ada la sedikit perasaan sayu tu. Bukan apa. Aku masih belum berpunya. Yeke belum? Ketaaaqqq. ;)

Jue jiran aku si cikgu IT tu kecah nak bertunang pertengahan tahun ni, sibuk memikirkan cara nak pujuk parents dia yang dia memang sangap nak bertunang. Aku cuba tidak ber-verbal lucah ok.

“ dok ahu gok gane.. kerol ajak aku tunang bulang nang ( 6 ) nie.. gane gokk..”

Aku : “ mung gatal mende gokkk…”

Zarith eleyana seorang lagi yang tak semena mena membuat aku terkesima beberapa hari yang lalu..

“ kin.. aku nak bertunang bulan 6 ni…”

Aku : “ haaa?? Kau orang ni kenapeeeeeeeeeeee?? ”

Anyway ada apa dengan BULAN 6??
Babes, lepak la dulu, kita baru 23 laa.. tunggu aku dah ada bf baru la kau orang tunang k? DEAL?
Oit syikin, Benda/perkara yang baik jangan di lengah-lengah kan…
Pray for someone... Hehe. Aku doakan kawan-kawan aku di permudahkan segala urusan di dunia dan akhirat, bertemu dengan jodoh yang baik, berbahagia di dunia dan akhirat. Amin.

Itu cerita pasal PERANCANGAN, so, ini pulak cerita pasal RANCANGAN yang dah pun TERLAKSANA.. aku nak ambil kesempatan ni nak ucapkan tahniah dan SELAMAT BERTUNANG kepada alya besties Myspace aku yang aku dah kenal hampir 4 tahun dulu.. dia lah antara kenalan terawal aku kat ms yang still keep in touch, dan dia lah gadis yang willing to sharing personal detail with me even we’ve just met in ms.. she is awesome. Really. So alya, I terkejut gilak bila tau u dah bertunang, sorry ive changed my phone number without noticed u.. at last, u dah jumpa ur MR RIGHT. I tumpang happy.. ;) Semoga hubungan yang termeterai kekal abadi. Amin.


alya

Tapi ini pulak RANCANGAN yang aku tak pasti TERLAKSANA atau belum tapi aku memang panas hati bila dapat tahu. Hey.. inilah dunia internet. Klik je dah hebah satu dunia ok? So, memang aku tak percaya bila aku dengar rumours abaout his engagement dari besties aku fifie dulu, sebab dia always pretend like nothing will be happen. Hey man, saya tak kisah pun kalau awak bukan lagi macam DULU dengan saya, ye ke tak kisah? Yer la adala kisah sikit-sikit.. ( honestly ) tapi just bagi tahu je la. Apa salahnya? Kenapa nak rahsia.. sedih bila I found in ur blog ( even u never mentioned that u have ur own blog ) walaupun awak baru jer ber-blogging tapi sedih bila baca in ur entry awak terang-terang state the word “ tunang” . luka parah ok? Tak, aku tipu je. Tapi serius terguris, rasa tertipu, if so, saya nak ucapkan selamat bertunang, semoga ikatan yang terjalin sentiasa akan menuju ke tahap yang lebih baik. Semoga berbahagia hendaknya. Amin.

Yeahhh. Im loserrr.

4. Married and kids / perkahwinan dan anak

Bestfriends, schoolmates, classmates aku ramai sangat yang dah kahwin. Alhamdullillah. Kalau balik kampung je mesti aku termenung bila dapat kad jemputan kahwin kawan-kawan, mula la kau nak moody semacam..;) Tak ada la, aku gebang lebih. efa SMS aku baru-baru ni ( sorry fa didn’t reply ur mssgs, ive no credits that time ) dia informed aku yang isniza dah ada dua anak, anum my bestfriend sedang mengandung 7 bulan. Perghh.

“ kin, ko buat ape? Aku col anum tadi die ngandung 7 bulan, kin.. kwn2 kita masing-masing dah ade life n anak, ni yg jeles nie.. kite bile lagi? “

Efa. Leks. Masa kita akan menyusul. ( defence mechanism )

Jodoh pertemuan, ajal maut.. kuasa Tuhan.

Kitaorang tak desperate laa.. kitorang just saja aje nak buat gelabah baru la nampak wanita sikitt.. hee. Leks fa, kita study lagi, dia orang dah kerja.. so kita ikut je flow ok. dahhhh…. Malas nak cakap sal kahwin. Yang penting ada orang sayannnggg aku tauuu..;)

Mungkin di sebabkan umur yang semakin meningkat dan sifat motherhood aku memang tak dapat di sangkal lagi, sila jauh kan aku dari bayi atau kanak-kanak comel. Aku boleh jadi gila. Seriussss.



Ini budak aku rasa nak kidnap aje masa aku pergi Padang Besar a few days ago, sumpah weh, kalau mak dia tak ada, dah lama aku culik bawak balik kolej. Tapi kalau dia nak susu, aku nak bagi susu cap apa ha? Ala, relaks la, misha omar pun nak buat susu sendiri. Aku pun bolehhh peee.. ;)

5. Holiday / Percutian

Dah banyak kali agenda percutian aku dan doel’s tergendala ekoran pelbagai obstacles. So, semester ni kitaorang nekad akan cari satu masa untuk pergi bercuti. Ikut perancangan NEXT WEEK, kita orang akan pergi LANGKAWI ISLAND. Kali ni pasti JADI!

Itu baru plan dengan doel’s yang asyik tergendala.. cerita kawan-kawan kohort ( B. Ed. Guidance n counseling ( hons ) ) aku nak pergi bercuti pun asyik tergendala sejak beberapa semester lepas. So, di sebabkan kami hanya tinggal 2 semester sahaja sebelum tamat our first degree ni, kami terkejal untuk merangka percutian bersama. So, middle of MARCH, we are planning to have a trip to Haytai and Songkhla. Dan pada semester hadapan maybe pada bulan OCTOBER, kami akan terbang ke BEIJING. Pray a lot babes!!! Seronoookkkk. DUIT? Sama-sama kita usaha okeh?

So. Aku rasa rumusan yang patut aku buat.. errr...
Arghh.. malas nak sambung menaip..

Then,
Love.

Monday, February 2, 2009

open up

salam.

hai.
aku tak sihat sangat la hari ni, sakit tekak, hidung nak selsema dan tak lama lagi confirm batuk. please jangan demam. kawan-kawan, how's holiday? hehe. cuti seminggu kali ni aku betul-betul guna dengan penuh manfaat. hee. lepas tasha, kak ida n anis balik hometown masing-masing, ( nanti aku upload gambar diorang kat TAIPING keh? ) aku di belenggu kebosanan melampau, so, aku dah bertambah 2 kg dalam masa seminggu? huh? tak cukup debab hape? lepas makan tak semena-mena mata jadi kuyu, arah kaki laju ke laluan kamar.. tilam empuk mengoda aku.. kelepukk! hee. padam..;) nak kena diet...

setiap malam aku di temani panggilan telefon dan perbulan tanpa henti. lets talk puas-puas..;)selama beberapa jam. yeke? bangun lewat, confirm la coz tidur pun lewat kan? so. dont blame me. ;) thanks caller. caller ke healer eh? ;)

thanks ilham, ain n shah singgah umah malam sebelum kau orang balik UUM. hee. jumpa mak mentua eh ilham.. hee.;)

later k?

sleepy...

love



Thursday, January 22, 2009

break the holiday

salam.
;)
esok aku balik Taiping. yuhuu! tapi awal-awal lagi mak dah call pesan hari sabtu kena ambil adik bongsu kat hostel. addehh. freak!

kepada teman-teman, sahabat handai yang dah siap melingkar kat katil rumah, aku harap kau orang semua enjoy ur kong hey fat choi holiday n mid term break? huh? tah la. aku tak ambil port pun takwim universiti ni, kalau ada orang tanya..

" kau balik bila?"
aku akan jawab dengan persoalan
" cuti nya bila?"
ha. aku memang student yang baik. assistant takwim aku ialah tak lain tak bukan asmaliza fifie. dia ialah orang yang rajin menggodek takwim dekat laman HEA. hee. dan dia juga lah yang paling bersemangat tempah tiket balik Melaka awal-awal. tah apee2 ahhh.. kata zarith.

babes, enjoy ur day, jumpa lagi next week. ye ke?
tasha, hanis n kak ida ikut aku balik Taiping, aku dah ada plan nak bawak dia orang pergi mana..

*makan yong tau fu
*mandi burmese pool
*panjat bukit larut
*pusing lake garden
*ellyatambhy ( betul ke ejaan ni? ) at the night. huahua.

sebelum balik, aku check shout out, fiza tagged aku la.. so, aku jawab tagged dia dulu while im shooo free ni kan.

1. If your lover betrayed you, what will your reaction be?
oh. mula2 tarik nafas dalam2. perghh. mencarut sikit2. nangis, lempang sikit, istighfar, ok kau boleh blah skrg..;)

2. If you can have a dream to come true, what would it be?
hee.. be a part of him

3. Whose butt would you like to kick?
kaki pendek. tak baik kick2 orang.

4. What would you do with a billion dollars?
what would i do? hah. simpan..)

5. Will you fall in love with your female/male bestfriend?
hmm.. ehem.. fifie tolong jawab kat aku jap. addeehh. no komen.

6. Which is more blessed, loving someone or being loved by someone?
both. these two things may complement each other.

7. How long do you intend to wait for someone you really love?
sampai aku dah x larat. penat. mayb at the last pit stop. STOP. then stop la.. ;)

8. What do you pray each day for your loved one?
dekat kan lah hati ku dengan hatinya sekiranya aku telah kau ciptakan untuknya..;) serius aku doa hari2.

9. What takes you down the fastest?
erm. failure. missing someone.

10. How would you see yourself in ten years time?
im a very talented lecturer in the top novarsity, really humble person, cute mama, lovely baby, caring hubby. aminn.

11. Would you rather be single and rich or married but poor?
susah tol soalan. ok. based on my rational thinking, i pick married and moderate. tak de dalam senarai eh?

12. What’s the first thing you do when you wake up?
alhamdullilah im still alive. thinking.

13. What’s the character must have in your partner?
banyak, tapi ambil satu dulu, LOVING.

14. If you fall in love with two people simultaneously, who would you pick?
adoyaiii... lat li lat lai li tam plong.. hehe, tak. istikharah.. Allah maha mengetahui so, i leave it to the Almighty.

15. Would you forgive and forget no matter how horrible a thing the someone has done?
hmm. mayb i will forgive but not easily forget, duuhh, im human being beb. manusia biasa.

16. Do you prefer being single or having a relationship?
depends on. kalau ada relationship tapi tak happy, menyakitkan hati, x membawa apa-apa makna, better single dulu..;)

ok fiza. dah setel. selamat bercuti.

malam ni, fifie, zarith, ani and a few friends of mine turun KL, so.. take care lovelies. happy holiday. gong xi fa cai kepada kawan-kawan berbangsa cina. terima kasih buah mandarin okeh?

then
love

Friday, January 9, 2009

sibuk sibuk

salam.

haii.

sejak semester baru ni, aku di landa kesibukan tahap 5. macam-macam benda nak di uruskan. sampai aku lupa tentang dunia aku yang pelbagai. ececehh. tak ada la, aku memang betul betul busy, dengan kelas yang berderet, dengan itu ini, penat wehh.

hari ni jumaat, cuti. so, ada la masa aku mengadap cikenet. hee. aku lupa, sepatutnya aku dah blog about my besties birthday 6/01/09 hari tue, tapi di sebabkan masa yang terbatas dan laptop aku yang vuduh di hantar format dan semua file aku corrupted. gila best kan? semua gambar aku terpaksa di hantar ke rumah itu lah. jadi, emosi aku tertekan gila. thanks buah hati rafi..;)

okey, fifie, aku harap kau suka hadiah yang aku bagi, serius. aku tak pandai bagi hadiah kat orang la, nasib baik kau bagitau aku kau nak apa, senang cerita.. bagusss.. aku harap aku tak lupa malam surprise jadian malam birthday kau. hahahahah. aku pecah perut malam tu. macam mana aku nak buat surprise kalau kau dari pagi sampai malam asyik mengekor aku. shiuuutt. hehe. apa-apa pun fi, keropok ikan dan hadiah tu adalah surprise paling spontan dalam dunia. dapat tengok muka kau nangis gak kan? haha. dah aku malas dah nak taip.

happy birthday fi yg ke 23, ko paling akak antara kita orang. yuhuuu!
semoga Allah panjangkan umur, murahkan rezeki, di permudah kan segala urusan di dunia dan akhirat. berusaha! ilmu budi dan bakti fi! love u..;)

then, love.
sorry la, mals nak upload gambar.

Thursday, January 1, 2009

2009

Selamat Datang 2009.

tahun 2008 adalah tahun yang indah bagi aku. dah jadi kenangan dah jadi sejarah. aku belajar banyak benda banyak perkara, aku kenal banyak orang aku faham pelbagai ragam. aku juga menopaus tahun lepas. ;)

semoga tahun ini membawa keberkatan dan kejayaan dalam hidup aku dan anda semua. azam ialah satu doa. azam ialah satu usaha. azam bukan air zam-zam. azam bukan azam boifren kau orang. azam adalah satu tekad yang berterusan. bukan tunggu tahun baru baru nak berebut nak buat azam baru. aku kira itu foyo. hari-hari kene berazam, faham.? kalau kita tak dapat buat sesuatu dengan baik hari ini, perbaiki untuk hari esok. faham.? heh. okeh. tahun ni aku nak boifren satu, hari2 nak berusaha nih. adeehh. tazkirah untuk hari ini.

malam tahun baru. kami tak menyambut, kami cuma ingin bersama. sayang kau orang. FORUM PERDANA HAL EHWAL ISLAM. ;)

semalam aku baru start pergi kelas. shiuutt. bosan. bukan bosan apa, lecturer tak datang. kalau betul minggu add drop tak ada apa-apa. apa kata buat memo kat portal " ni minggu add drop, korang nak datang ke tanak ikot suke korang.. lepas minggu add drop korang x dtg lg, korang jgn dtg2 da k?. " ha. kan senang macam ni, tapi tak salah gak, ramai lagi budak-budak yang tak balik lagi, hmm. apa2 pun jom cek aku di hari pertama ke kuliah.

otw ke kuliah, untuk pengetahuan aku suka mulakan hari pertama semester baru dengan PINK. aku kira itu feminin. sangatttt.

peace 2009.

ha. ini adalah aku pada pagi tadi, aku tak kata aku suka mulakan hari kedua, semester baru dengan warna hitam aaa.. heh.

sekarang aku masih berbaju ini, tak reti tukar ke hoi?

aku tahu aku akan penat semester ini, 7 subjek dengan paper yang beraras tinggi. serius. aku tak sedar aku dah semester 6. aku dah senior. setiap kali attendance, nama dah kat front page siott.. best. best.

doakan aku untuk semester ini, aku perlu naik kan CGPA aku. PERLU.

cube la kau orang check time table aku sem ni, apa kata anda.? aku perlu 3.5 ke atas dan aku perlu berusaha lebih. kelas aku straight, tapi lebih baik begitu, kalau terlalu panjang gap, aku semakin terarah untuk pulang ke kolej dan tidur. kreekk.;0


then, love.