Friday, August 3, 2012

MENGANDUNGi


Assalammualaikum..

Dah lama mmg aku tak ada mood untuk menulis dalam blog ni. Tapi sejak2 aku dah mengandungi ni aku tergerak nak tulis blog balik. bukan apa untuk mencatat perjalanan baru aku as mak- ingin -jadi ni. Semoga segala yang aku coretkan ini akan jadi satu bahan untuk aku jadikan bacaan ringan bile aku dah berat nnt. ;P
So, for today, aku dah 20 minggu 3 hari uols. It means 5 bulan lebih sikit. haaa. Menggelabah kan?

So nak cerita bnyak pun aku dah xpandai sbb nye bnyk benda yang berlaku sebelum ni aku just cerita melalui lisan je kepada suami dan keluarga n kwn2 rapat. So bnyk yg dah lupa la lupa.. di pendekkan cerita aku takde mengalami alahan yang teruk dan melampau. Cuma kalo slh mkn je aku akan muntah n kalo suami aku bwk kete bagi perjalanan yang melebihi dua marhalah aku akan muntah. Itu sahaja. Titik. Sakit pinggang, sakit bontot macam kena pijak adalah perkara biasa bagi aku. Heh. Ada perlakuan berlagak di situ. Walaubagaimanapun alhamdullilah la.. aku rasa aku dapat menempuh fasa genting yang selalu ibu ibu lain hadap dengan lebih ringan la.

Check up? Aku jalani pemeriksaan di klinik kesihatan ibu n anak berdekatan sahaja. Aku tak mampu nak lebih dari tu. Pasraahh. Hehe. Xdela, pada aku  walau ape pun pendapat manusia, bagi aku klinik kerajaan is the best. Normal la kalo kene tunggu berjam-jam sebab ramai manusia yg x mampu mcm aku kan. Biasalah nurse marah2 garang2 sebab dia dah stress melayan karenah manusia yang pelbagai. As a human beings aku rasa doctor ke nurse ke semua tu manusia makhluk Allah yang di jadikan sama taraf nya dengan kita. So, kalo dorang nak moody2 sikit kita layan je laa.. kalo dah agak melampau, tekanan darah kita tiba2 je mendengus naik, ko boleh je sound sedas dua.. in a manner ways la. Ada jugak kadang2  tgh tunggu masa nak check up tu tiba2 stress msg suami “ nak check up private maternityyyy jugaaakkkkkkk !!” heheh.

Tapi kalau ada  duit dan nak keselesaan layak lah  nak ke private kan. Aku ni ha keje jadik cikgu skolah je. Laki pun cikgu, x mampu den. Dongan den nak boli omas lagi, nak stroller baby quinny lagi, mano nak cekau duit nyo kan. Hehe.  Heh lawak jer.
So untuk kali ini setakat  ini jer la dulu.. kalo nak cover chapter2 lepas aku rasa lama nak scroll down page ni… OHHH.. LUPAAAAAAAAAAAA. Selamat Berpuasa muslimin muslimat. Alhamdullilah.. dah melepasi 13 ramadhan dgn sempurna… ;) ( opps 4 hari kantoi due to kencing kotorrr )