Tuesday, December 30, 2008

masa terluang

baru teringat pasal TAG dari nel. sorry lambat nel. betul cakap ko.. balik baru aku reply. caya lah kau. nell.. aku ubah suai sket tagged ko supaya ia nampak lebih kontroversi dan jiwanggg.. sepp sket!

1. What is the relationship of you and him/her?
oh. teman rapat.


2. Your 5 impressions towards him/her.
oh ok la, ego terlebih, homely type, loving, player.. kreekk.;)

3. The most memorable things he/she had done for you.
met me. thanks.. terharu.

4. The most memorable things he/she have said to you?
i love u, i miss u.. sy syg awk.. mishuu.. lebiu.. eh x same eh sume? kreeekk.;)

5. If he/she become your lover, you will...
dug dag dug dag.. asal jantung aku nieh? hee

6. If he/she become your enemy, you will...
stay away..

7. If he/she become your lover, he/she has to improve on...
how to appreciate people who is loving u. please improve ok.

8. If he/she become your enemy, the reason is...
amik hati aku, then buat onar.. shiuuttt.. jahat.

9. The most desirable thing to do on him/her is?
to be a part of his life. di waktu senang dan susah.

10. The overall impression of him/her is...
nice to be friend with..

11. How do you think the people around you will feel about you?
talkative, bulat dan comel, kuat nanges, makan laju, comot, caringg.. oit. bukan aku rase eh? orang sekeliling ni ha rase. thanks la koran jujur. sangattt..

12. The character of you for yourself is?
simple. simple life.. kalo macam tu.. macam paris hilton or nicole richie la kot. Allah teruknya karakter. tak ah.. lovely simple..;)

13. On contrary, the character you hate of yourself is?
bukan benci diri sendiri.. salah satu karakter yang di benci ialah CLUMSY. sumpah, benci. bile nak berubah?

14. The most ideal person that you wanna be is?
kau orang rase sape cool? ha. aku nak jadi cam dia ahh. simple kan? ;)

15. For the people who care about and likes you, say something about them.
babes, aku sayang korang.. sayang tahap yang tak bertahap. terima kasih cinta. sumpah tak cari yang lain. huh?

16. Ten people to tag
1) tasha
2) ilham
3) pesha
4) hyuuga
5) hanis
6) fifi
aku tag 6 sudah. malas nak fikir.

17. Who is no. 2 having a relationship with?
ilham.? confirm la akuuu. haha. tak ah. he is single. bujang tak terlajak lagi. dia miliki permata walaupun hati masih belum berpunya. gila kiut jawapan aku yong..

18. Is no. 3 a male or a female?
pesha. perempuan bersuara husky.

19. If no. 7 and no. 10 were together, would it be a good thing?
kalo jadi ape2 nanti korang bagi tau aku tau. haha.

20. How about no. 5 and 8?
hanis. sudah memiliki cikgu pon. dua2 pun nana tanjung.

21. What is no. 1 studying about?
accounting. she is an accountant to be. clever girl.

22. Is no. 4 single?
hyuuga? jangan hareppp.. sila kunjungi blog beliau. chenta oh chenta. hee

23. Say something about no. 6
fifi? my bestfriends. sayang ko. jangan boros sngt wehh.. lepak la gune duit. kte da janji nak byr muka peti ais kott..

dah settle.

nel. ble dpt jumpa ko..

then

HUJAN

ive cried today.
depan kawan-kawan dan di meja makan. hoi. tak baik nangis depan rezeki. tapi dah sedih, nangis la kan?

kenapa?
sebab terguris.

sape buat anak mak nie?
. Buah Hati Rafi

sape tolong pujuk-pujuk?
. Buah Hati Ilham n kawan-kawan

thanks kawan-kawan.

note to . Buah Hati Rafi

" p.. sorry kalau aku buat kau marah.. bukan aku tak nak datang rumah kau, logik ke aku sengaja tak nak datang rumah kau? mesti lah tak kan? tapi.. aku ada sebab musabab dia, nanti aku bagi tau, kat sini public.. kau dah x marah aku nanti aku cerita tau.. p.. kau tak rindu aku eh? sampai hati.. aku sedih tau.. jangan marah-marah.. aku takut.. sayang kau dengan ilham.. kau orang la buah hati aku selain kawan-kawan baik aku yang lain... maaf eh? mmuahh sikit..."

p.. lapar...;(

Monday, December 29, 2008

Mengemas Part 2.

Sambungan Part 1
meja tak semak sangat.


berusaha. berusaha.!

tadaaa.. ni la hasil ngemas. 80% siap. ok la kan? nanti nak wrap meja. nak penuh kan board. nak letak carpet kaki. hmm. wahh. tapi sayang, aku tak tidur bilik sendiri pun. sian bilik. malam ni kita tidur sama2 ok.


di sebabkan aku bosan ngemas sorang2 dan Yasha tolong angkat kotak yang seketul kat stor tue. aku mintak dia teman kan jap. tapi cuaca dan suasana sangat mellow. sejuk dingin, hujan. so, pastilah dia sedap je...


TIDUR..;) anyway, thanks Yasha temankan aku. Dah la kau tak sihat. sakit perut. sakit mata, selsema tapi kau tolong aku angkat kotak and teman kan aku jugak. sampai terlelap kat katil roomate aku. hee. thanks. mmuah. cepat2 sihat eh.

mengemas Part 1


hmm. lepas maghrib tadi baru aku turun dari bilik yasha ke bawah untuk ke blok aku letak n ambil semua barang2 aku. huisshh. penat. roomate awal lagi dah balik. oh ok, dia budak baik. no doubt. masa aku balik bilik, dia tengah solat, so aku letak barang-barang kat tepi dulu, sementara tu aku turun kat stor amik bagasi hitam kesayangan. berat nak mampos. sakit ketiak aku seret satu-satu anak tangga. nasib baik lah duduk tingkat 2 jer. tolong jangan tukar kan saya okeh? tingkat 5 kalu, aku surrender.

masa turun ke bilik stor, panorama tersebut menyakitkan. betol sakit. tapi dah selalu sangat aku tengok, so, kurang tekanan. agak kosong walaupun tak la clear sangat, at least ada ruang untuk aku bergerak.

malas la ckp bnyk, jom tengok.


cantik tak? budak-budak cepat la hangkott barang kau orang ok? sian makcik yang kerja nak mengemas tu.

ini jer kotak yang aku parking kat stor. berat nak mati.

ni baru sikit. ada lagi. penat nak ngemas nanti.

ADUH PENAT. NAK REHAT. ESOK SAMBUNG. CHALOO BETE.

Sunday, December 28, 2008

tekanan

salam.

aku dah sampai sintok. hee. sepatutnya awal pagi ni baru aku bertolak dari taiping. dah beli tiket pun. tapi malam tadi, aku tiba-tiba rasa nak balik awal atas beberapa alasan yang sebenarnya boleh di kompromi tapi aku malas nak fikir banyak. so, berbekalkan wang yang dah semakin berkurangan dan ekonomi yang semakin regresi, aku rasa tindakan aku semalam adalah sedikit vuduh. tapi tak apa, akak tak kesahh noonnn.

anwar balik dari JB kelmarin, dia cuti, so aku gunakan kudrat dia untuk hantar aku dari Taiping ke Sintok, alahh, aku yang drive kot, hang tidoq ja kat sebelah. pukul 12.30 malam tadi aku sampai. bertolak dari rumah pulul 9.30 malam. berhenti berhentan kat perhentian sana sinun, dah ambil banyak masa dahh.. ishhh.

di sebabkan aku sampai lewat malam, dan pejabat kat Madagascar pun tak buka sampai malam, aku tak ada kunci nak masuk bilik, aku lepak bilik yasha. thanks yasha tolong angkatkan barang dan sediakan tempat tidur yang selesa. heee. roomate dia yakni besties aku juga norrani tak pulang lagi, malam kang baru bertolak dari Batu Pahat. haisshh. lewat. pinjam katil ko k.

sebenarnya kelas aku da start hari ni, tapi macam biasa lah, bila isi berintikan sifat malas, atas katil jugak tempat aku. yasha sangat rajin, dia pergi kelas shiuuttt. kelas dia pukul 10. aku pukul 8. kelas dia memang perlu di beri keutamaan untuk hadir okeh? ;0

pagi2 lagi amoi sebelah bilik nie dah bising.

" haiyaa, sikinn haa.. u bile sampai?"
" aiyoo.. u bising la joycelyn.."
" u tido, tido, tido, tak ade kelas meh?"
" u tolong pegi kelas utk saye la.."
" saye sakit hati oo.. kene byr denda RM5 amik kunci u tau ka.. dia kata sy lewat, sy mane tau.."
" ha? ha? sy belum amik kunci la.."
" sy nshtkan u, sediakan RM5.."

montot berlapis tol la uum nie. hari ni di kira lewat ke? denda lewat sehari RM 5, fifi balik 30hb sampai 31hb, dah berapa kena bayar. cekik tengkuk orang betul la. dah la duit tak ada ni. RM5 kira sangat GOLD okeh? eee.

aku mengadap laptop dari pagi, check time table, sem ni aku bawa 7 paper sepatutnya, tapi dapat 6 subjek je. nak ambil ape eh satu lagi? adooaai. pening. da la class padat. eee. tekanan aku.

aku sepatutnya turun bawah, pergi pejabat kolej, ambil kunci, angkat barang yang bertimbun kat bilik yasha ni turun dan mengemas. ada satu lagi bagasi dan kotak busar kat dalam stor blok aku yang perlu di angkat naik ke bilik. tapi apa aku buat sekarang ni. mood malas bermaharajalela. dari tingkap bilik ni, aku boleh nampak berduyun manusia naik bas ke kelas. wehh.. korang niehhh.. lepak la.. yoooo jerr..

dah la. jap lagi yasha balik. laparrr...;(

then ok,
love

Tuesday, December 23, 2008

malas

salam.

uwargghh. menggeliat malas. dah sebulan aku tak kecoh kecah kat sini. huh. aku benar-benar menikmati cuti semester kali ni. rindu. aku sarat dengan cerita tetapi masa tak muat la pulokk.

trip cuti kali ini. dari utara ke selatan. selatan ke utara. ke ibu kota. ke selatan semula. huish. duit ringgit usah dikenang melayang. tapi kepuasan diri bukan senang nak di capai oi. happy..;)

untuk detail, tunggu la semester depan aku perihalkan dengan lebih lanjut.

hehh. result dah keluar.tahniah kepada kawan-kawan. usaha lebih lagi sem depan yok!

tinggal baki 4 hari aku di rumah dan taiping tercinta. adodooioi. malasnya nak balik..;(

Wednesday, November 19, 2008

bye.

esok saya akan pulang ke Taiping, Bandar Warisan.

selamat tinggal kawan-kawan. jumpa lagi semester hadapan. oho tidak. sedih.

selamat tinggal dewan penginapan pelajar bukit kachi 2.


jaga diri kalian di waktu cuti, jangan main benda bukan bukan.

bye semua.

jumpa lagi.

aku nak pergi kota tinggi wehhh... start 27 nov hingga 2 dis .. di Tanjung Pengeling, Kampung Pasir... erkk.. lupa nama kampung tu. 5 hari si'ot. ( program anak angkat je, tapi aku terkinja )

happy.

love.

Monday, November 17, 2008

adik si manis.

tudung bunga-bunga : Intan, tudung cream : noni
adik adik ku yang manis.

akak nak ucapkan selamat menduduki peperiksaan SPM dan STPM.
intan dah ambil duduki beberapa paper, so akak harap adik dapat buat yang terbaik, akak yakin adik boleh walaupun tak secemerlang akak, muahaha. hee. jangan asyik bercinta aje, akak pun tak ada boyfriend, ang suka-suka nak bercinta dengan mamat tah dari mana tu. akak tak setuju okey?? tak akan.!! banyak masa lagi nak cintan cintun.

kepada noni, akak yakin ang boleh skor excellent dalam STPM nanti, masa akak trial STPM dulu pun pointer akak tak dapat 3+ tau. tapi ang dah boleh skor 3+.. akak rasa, insyaAllah, ada rezeki ang nanti.. noni, akak harap ang lebihkan lah senyuman, jangan asyik nak masam jer, lagi akak nak tanya, ang ada nafsu kat lelaki tak? bukan apa noni, risau akak coz ang tak pernah akak tengok, cakap pasal lelaki pun. itu tidak normal bagi akak. ehem. sangat tidak normal. tapi akak bangga ada adik yang pandai jadi suri dekat rumah. patutnya ang jadi akak sulung, bukan akak kot? muaha.

hehe, apa-apa pun, akak doakan yang terbaik buat hangpe berdua, buat yang terbaik,ingat, kita berjaya untuk tolong mak ngan ayah dan keluarga, diri sendiri akan dapat keberkatan dari Allah..kan?

okeh, sorry kalau akak tak dapat jadi akak yang baik untuk hangpe, sorry kat adik coz selalu tanya akak soalan add maths tapi sering kali akak gagal memberi jawapan setimpal. lupa la dik. tapi akak patut di contohi. hehe.;). mana nak dapat kakak macam akak ni kan?
wahaha, eh aku up diri sendiri ahh. fedulik. tunggu kau orang puji, tuo lah den ni ha.

i love my sisters. much love

Sunday, November 16, 2008

freedom

teman-teman.

aku da habis exam. habis ke-enam enam paper semester ni. DONE. harap result baik-baik je la.

paper kesusasteraan melayu tadi, alhamdullillah boleh jawab, walaupun study last minute, tidur lepas subuh, aku dapat jawab dengan agak kemas. sekian..

cerita menarik di sebalik exam, ada cik/puan/kakak yang sangat seronok menjadikan kita orang macam-macam kanak-kanak dalam bas sekolah.

eh kau orang bengang tak tadi? ishh.

anyway, aku akan pulang ke Taiping dalam 2,3 hari lagi kerana sengaja nak spend masa dengan kawan-kawan. eh yeke?

tak lah, aku malas nak kemas barang, bagasi-bagasi, kemas bilik, aku nak rehat sehari dua. boleh kan mak? ayah?

alhamdullillah, kenduri kakcik dah selesai. macam biasa lah, rumah dah siap, pahat masih berbunyi. abaikan. kita tak boleh nak sedapkan hati semua pihak.

aku tak sabar-sabar nak kerja tolong mak dan ayah. mak, lagi setahun setengah je lagi, sabar tau? ;(

anwar adik lelaki aku bertolak ke Johor Bahru malam ni. dia dah start kerja dekat Johor dengan abang ipar, alhamdullilah. jaga diri bebaik war. ami sayang hang.

kepada kawan kawan yang tak habis paper lagi, dehh.. nak buat macam mana. relaks ok?
kepada kawan-kawan yang ada foundation, adehh.. nak buat macam mana. redha ok?

much love,

Saturday, November 15, 2008

cobalah coba

kejadian malam tadi. yasha telah di tahan oleh unit keselamatan UUM ( UK ) di pintu utama UUM. kitaorang pergi library sekali lagi.. SWEETS.

sambil mengarahkan isyarat tangan ke kanan-ke kanan..
kitorang pun berhenti.


" uih, johnya beghenti." kata si pakcik 1
" hee." aku senyum.

di sebabkan aku penunggang yang cute, sudah pasti abang UK yang muda dan comel yang berkeinginan untuk memeriksa lesen aku dan sticker dan etc. ( jangan pura-pura nak muntah ) aku hilang tumpuan terhadap abang UK comel tersebut kerana asyik perhatikan yasha di hadapan. aku mulai resah gelisah. aku pun tak tahu la kenapa kawan-kawan aku tak memilik keberanian menunggang motor dan lebih tepat tak tahu memandu walaupun basikal seperti fifie. aku benci memikirkan seorang gadis yang berperwatakan sedikit lelaki dan muka penuh kebengisan, tapi gagal memandu. macam mana nak jadi samseng jalan raya? malam tadi, aku yakinkan yasha yang dia mampu, walaupun aku terpaksa menjadi marshall di hadapan dan di belakang memberi arahan, seperti;

" sha.. kiri sikit!!"
" sha, brekk, turun bukitt pas ni"
" sha jangan tengah sangat!!"

pembonceng a.ka. fifie.

" kin.. aku risau, aku ngeri." kepala hautak die kan?? tahniah yasha, setidak-tidaknya kau cuba dan berani. syabas.

aku mulai risau melihat yasha di hadapan, dah la tak pernah menunggang motor, bawa pulak sekejap ke tengah, sekejap ke tepi. ngeri. serius ngeri. yasha di tahan oleh pakcik Uk yang aku kira kategori gatal dalam percubaan pertama menunggang motosikal.dan yang paling mustahak dalam cerita ni, yasha tak ada lesen motor. oh ironi.

" lesen?"
" alaa.. pakcik.. purse ngan lesen sayer ade kat kawan sayer kat belakang la.."

" kawan belakang mana?" ( merujuk kepada ilham dan rafi yang lambat sikit coz isi minyak motor )
pakcik Uk senyum geletis.
" ada lesen ka tak dak neh, cakap betoi2"
yasha dengan childish..
" ya Allah pakcik.. aderrrrrrrr.." sambil hentak hentak kan kaki.

setelah melihat yasha dalam keadaan genting, aku perlu bertindak.

" pakcik, betul pakcik, lesen die ade kat kwn die kt blkg"

masa aku sebut kawan dia kat belakang, rafi dan ilham pun masuk gate utama, melihat kami di tahan, sambil tersenyum dan siap " piiiiiiiiiiiiinnn". si'ot. sekali lagi. oh ironi.

" ha, tu la kawan kitorang pakcik."
" dah tu, awat dia tak beghenti??"

aku?

" a'ah la pakcik, diorang lupe tue.. boleh plak hon je, sha, kau nak aku gi amik kan lesen ke?"

aku tahu yasha semakin cemas, muka dah pucat, mata dah nak berair.

aku? harus cool.

" ala pakcik.. betul la.. die hari2 nek motor nie g kelas, saye tau la pakcik.."
" sayerr tak pandaii ckp luar." pakcik itu membuat muka yang aku rasa nak rebus kepala dia.

"ha, takpa, kami gheti, betoi pakcik, dia ari2 nek moto ni p kelaih.. awat la pakcik tak moh caya ngat tak tau..."

"hahaha." dia ketawa. aku confuse nih.

" hang orang mana.?"
" orang tepen."
" hooo, orang tepen, hang habaq kat kawan hang, lenkali nek motor usung la lesen tue, yang dok bagi kwn pegang tu pesaipa.."

" ha takpa, dia kalut apa taktau tadi, lupa kot.."
" ha, hang ingat, len kali saya nampak, saya tak cam len dah, saya cam tang gigi hang ja.." kata pakcik kepada yasha.

aku?

kali ni aku memang tak boleh tahan.
maafkan aku yasha kerana ketawa berlebihan.

yasha.?

" kin, aku nak tdo kat library, esok pagi kau amik aku eh?"

;). penakut.

aku nak minta tolong, kepada fifie dan yasha, dan kawan-kawan lain, tolong lah aku, mana mungkin aku mampu bertahan, aku perlukan pertolongan, tolong lah. tolong. tolong ambil lesen ok?

semasa pulang, kami lihat pakcik tersebut sibuk menahan sebuah kereta yang di pandu oleh sekumpulan gadis indonesians ( students ) yang seksi.

kamu faham maksud aku bukan? jangan tanya kenapa lelaki tidak di tahan.

oh.

taiping with love. credit for me. loghat utara aku selamatkan kau yasha.

Thursday, November 13, 2008

si budak hitam


tadi petang mak aku call.

" kakak, mana nak antor adik ang nie? dapat 5A ni UPSR."
" ha? ha? 5A? bior betol.. mak ni betol ke? ( result UPSR dah keluar pun aku tak tahu. )
" yerlaaa.. suka pandang rendah kat adik ang"
" mak, ( sambil gelak pening kepala tak percaya ) cuba mak tarik nafas dalam-dalam, cakap kat ami betul-betul.."
" 2A 3B"
" Hmm.. kan ami dah cakap dah, tak mungkin die dpt 5A.. belajor pun main2.." *sigh*

borak sampai merah dengan mak. gelak-gelak bercerita tentang si bongsu.
adik aku yang ini.

MUHAMMAD AFIQ. budak hitam yang seksi ramai-ramai say awww!.


hee. aku sayang adik aku. dia budak bijak. kelakar, dan sampai sekarang aku masih cium dan peluk dia. aku lupa dia dah besar.

" kak ikin.. afiq rimas la.. afiq dah sunat la."
mak aku penah siku aku coz aku rakus semacam. aku bukan luar tabii. aku terlebih kasih sayang.

huh?

dia mungkin kurang performed well dalam pelajaran. dia bijak. tapi dia malas. banyak faktor kenapa, antaranya ialah, adik-adik perempuan aku pun sibuk dengan study, sampai tak ada masa nak tengok dia belajar. yeke?

dia suka bersukan.
dia pemain takraw negeri Perak 2 tahun berturut-turut.
dia killer terbaik negeri.
dia wakil Perak peringkat kebangsaan.
dia sangat suka bersukan.
dia suka pergi cc, layan youtube.
dia suka shuffle, masuk pertandingan lagi tu. gilaa. aku harap dia tak membesar untuk jadi foyo.

oleh sebab itu, kadang-kadang dia tak ada masa untuk belajar. ayah aku bising, tapi ayah aku tahu dia bukan budak yang tak bijak. tapi dia malas. dia mulut banyak macam aku, dia pandai baca message walaupun aku guna bahasa paling short yang mungkin, lepas tu report kat mak aku. cisdel.

aku tahu dia suka bersukan, dia memang nak masuk sekolah sukan, ayah aku tak berapa nak rela bagi dia pergi sekolah sukan, ( sebenarnya, ayah aku takut sunyi dia tak ada nanti ) ayah aku suruh dia masuk sekolah premier dekat rumah aku jer. Sekolah Menengah King Edward, Taiping. tapi dia nak masuk sekolah sukan apa tah nama dia. oleh sebab sekolah yang dia nak pergi tu ramai students excellent dalam takraw. so, dia terkinja.

aku telah di paksa oleh emak, untuk yakinkan ayah aku yang adik aku perlu di beri peluang.

aku tak suka job ni.

aku baru call afiq 5 minit tadi.

" afiq, akak letak gambaq afiq yang pakai tudung kak noni tu. yang afiq pakai cermin mata hitam guess mak tu, kat blog akak "

dengan jujur.

" kak ikin ni.. ee.. ngarut aa.. kak ikin bodoh ahh." ( sambil jerit-jerit kat mak aku kat dapur )

aku gelak syaitan.
dia sedang marah. dah nak masuk peringkat krisis identiti ni. dah mula nak rasa malu. eww!

afiq, akak sayang hang!
tahniah atas usaha anda dan selamat maju jaya. ( wow!! )

kita hanya merancang

aku rasa kak cik aku sekarang ni mesti tak sabar-sabar nak cepat-cepat langsungkan majlis perkahwinan dia 15hb nanti. aku rasa dia juga sekarang ni sedang buat mak dengan ayah aku pening kepala fikir pasal majlis dia tu. aku juga tahu dia sekarang ni mesti menggeletis semacam. okey, ini bab kuning. jangan fikir.

nak kahwin senang kat mulut, tapi susah kat hati. itu mak cakap. aku tanya kakak aku apa perasaan dia. dia cakap dia tak ada perasaan. dia memang, dia memang tak ada perasaan sebab dia lah anak yang tidak berperasaan. dia putus tunang dua kali, relaks jer, kali ni dia terus kahwin. nak tunang lagi, jangan harap kau. abang ipar aku umur dia sekarang 25 tahun. kakak aku sekarang 29 tahun. aku 22 tahun. so, kau orang rasa la kan, kakak aku masa dia umur 22 tahun, dia pernah fikir nak kahwin macam aku tak? ;)
did i mentioned.? ;)

aku rasa ada baik jugak kalau kita, maksud aku, aku dan kau orang fikir tentang sesuatu yang kau orang rasa tak perlu di fikirkan sekarang. sebab bila kita fikirkan tentang itu, kita ada satu perancangan. tapi kadang-kadang, kita kena berhati-hati, kadangkala apa yang kita rancang tak akan sama seperti apa yang kita harapkan. aku selalu cakap aku nak kahwin sebelum umur aku 25 tahun. sekarang umur aku 22 tahun. duhh. maknanya ada 3 tahun lagi. huh? aku rancang je beb, jangan selabah, relaks. tapi bila aku dah sampai stage ni, aku rasa..

1. aku tak ada lelaki itu.
2. aku nak sambung study. master, phd. pahad ke liang lahad.
3. aku tak peduli..

jadi perancangan is still perancangan. kita merancang, tuhan tentukan. aku juga selalu rasa senang bila apa yang aku rancangkan sering dapat galakan dan sokongan. contoh : bila terkenangkan kenangan dengan arwah tok cik aku dulu..

" tokcik, kami kalau nak kawen kan, kami nak kawen dengan laki yg dok jauh jauh."
" haa.. cer nengok pusat ang, masuk ke dalam ke keluor?"
" dalam tokcik.."
" ha, orang jauh la tue"

aku suka, aku happy.
aku rindu dia. al-fatihah.

still, aku merancang.

remaja dan clique berborak.( 2005 )

si teman baik : "eh syikin, aku kalau tadak umoq 29 tahun jgn harap aku nak kawen"
si lawan cakap : " haa. aku tamau.. aku nak kawen awai.."

si teman baik, ketika berumur 19 tahun, sudah berkahwin. anak dia dah panggil aku makcik. weh, weh, aku cute lagi.

jangan cakap, kerana kau hanya merancang.

kakak aku yang nombor dua, merancang untuk tidak akan berkahwin atau berkawan dengan lelaki yang lebih muda.kalau aku tak salah dan aku tak lupa, masa dia study dekat matrikulasi dulu, ada seorang lelaki yang sangat suka kan dia. aku masih ingat lagi masa itu, aku tanya.

" angah, kenapa angah tamau kat abang tu? abang tu handsome la.."
" ee.. tanak la, muda setahun.."

nah. sekarang kak ngah aku sedang bercinta dengan lelaki sebaya aku. bayang kan. aku means dia = 22. kak ngah = 30. kau orang rasa apa aku nak panggil dia, abang ngah? bulu aku tegak.

sekali lagi, kau hanya merancang.

aku tak tahu apa ayat yang paling sesuai untuk segelintir orang yang cakap serupa esok apa yang terpacul kat mulut dia orang tu, akan betul betul terjadi. so, tak salah merancang, perancangan sangat bagus, tapi kita kena selalu beringat, Allah Maha Berkuasa.

malam ni, saat ini, aku ada cita-cita, aku bercita-cita untuk memiliki seseorang untuk aku paste kat hati ni ha. kau orang ada calon? aku merancang untuk bersabar. perancangan aku sehingga kini ada unsur-unsur yang boleh jahanamkan perkembangan kognitif dan sosial emosi aku. tapi aku berlagak cool. aku sakit hati bila fikir,setiap apa yang aku rancang, seolah-olah tiada lagi pemberat yang boleh seimbangkan keadaan.

sekali lagi, aku hanya merancang, eh untuk awak juga, awak hanya merancang. amik kau sebijik.

ALLAH sayangkan kita.

rancangan apa best kat TV sekarang ha?

ngantok,
love

Wednesday, November 12, 2008

penat

11.30am

aku tamat exam.

semangat berkobar-kobar, usaha tak ada la segah mana. tapi hoi, aku berusaha, usaha aku berjaga sampai pagi, usaha kawan kawan aku teman aku study. berusaha aku habiskan 16 bab, usaha aku berusaha. aku hargai usaha aku dan usaha mereka. pendek cerita, usaha tangga kejayaan.

di sebabkan aku students dan sekarang musim exam, aku harap kamu semua faham la eh kalau entry aku 2,3 hari ni berbau kertas peperiksaan, dewan peperiksaan, bau badan pengawas peperiksaan yang muka nak aim orang meniru je atau bau badan lecturer aku sendiri, mungkin ada carutan ilmiah atau luahan perasaan tidur yang tak pernah cukup. baca sudah.okeh. set.

paper tadi okey laa... aku bahagia menjawab bahagian SECTION A. soalan struktur. ada 9 soalan yang mendukung sebanyak 60 markah. aku jawab soalan dengan bergaya walaupun aku yakin aku tak akan dapat markah penuh. tapi again, hoi. aku tahu aku apa aku jawab. aku faham apa aku tulis. dan aku harap doktor faham jugak eh doktor eh doktor.? sayang doktor.

jap jap ( pause ) aku dengar suara sumbang.

" kin, kau nak buah tak? "
aku angguk je tanda setuju.

" hoi kin, nak buah ke tak nak?"

mereka mungkin tak perasan yang aku sedang sibuk taip entry ni. buta. aku angguk sekali lagi. maybe timbul perasaan bengang.

" ke.... kau nak telur?"

dia gelak berdekah.
huh? cilake buah melake.
fifie ada tabiat tidak baik. jangan contohi dia.

( sambung)

so, bila masuk jer SECTION B. essay writing. ada 2 soalan. tengok je soalan satu aku diam.aku makin diam. kalau tak selalu aku cakap dalam hati. otak kiri aku beku. or memang otak aku beku. confirm. aku rasa aku dah habis telaah teori perkembangan kognitif, sosial dan emosi Piaget dan pakcik Erik Erikson tu, tapi tah apa la jadi dengan otak aku jap tadi. so, kat soalan satu je, aku dah lost 15 markah. tapi, akak tak kisah dik, akak tak kisah, coz akak memang tak pandai goreng2 nie. akak tak nak nampak vodoh la vodoh dengan jawapan yang nongsengs. jadi aku tinggal kosong je halaman tu. bukan apa, kalau aku terus jawab kesian doktor kalau baca jawapan aku. mesti tersiat hati dia. adeehh. aku jalan terus.. jawab soalan 2. DONE.

cukup masa, aku dan mereka di arahkan berhenti. doktor announced carry mark. aku dapat 48/60. ha'ah. betul tak tipu. jap, aku nak mencarut boleh?

-------------------------------------------------------!!

dah lega dah.

ini kronologi penderitaan aku semester ini,

BLM 3033 SOSIOLINGUISTIK 30/10/08 CHECKED
BLM 2043 PERKEMBANGAN PEMIKIRAN DUNIA MELAYU 31/10/08 CHECKED
GDE 3133 PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN 04/11/08 CHECKED
GDP 3013 PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 09/11/08 DOUBLE shyytt CHECKED
GDY 3023 PSIKOLOGI KANAK-KANAK DAN REMAJA 12/11/08 CHECKED
BLM 2033 KESUSASTERAAN MELAYU 16/11/08 last paper. wish my luck~ wish my luck. nyanyi weh.

aku balik awal sem ni. kawan-kawan yang belum habis berjuang dengan mata pena. do ur best okey.? dah aku penat. nak tido.

kesusasteraan melayu?

love

Tuesday, November 11, 2008

EXAM BUAT AKU PINTAR


okey. lanjutan terhadap entry fifie.

esok aku ada exam. sebab tu aku rajin pergi study dekat library. bukan dalam library tapi dekat okey? oleh sebab, aku pakai jeans, jom la masuk library kalau rasa nak kena tendangan kasih sayang oleh abang penjaga pintu yang aku yakin bermisai galak. handsome kot dia rasa. Dekat bawah library ada BILIK BACAAN PINTAR. dulu di kenali sebagai BILIK 24 JAM. tapi ramai students yang guna bilik 24 jam untuk buat perkara-perkara yang boleh buat dia orang di rejam kat akhirat sana. so, bilik itu secara rasmi telah di tukar nama sebagai bilik bacaan pintar, sebab hanya orang yang pintar saja yang guna. itu mereka fikir la. seperti aku. walaupun baru sekali aku masuk bilik tersebut sepanjang 5 semester kat sini dan jika dikira dengan kaedah perkiraan lazim. sudah dua tahun setengah aku jadi pelajar berwibawa tetapi aku tetap di kira pelajar pintar. 1 : sebab aku memang pintar. 2 : sebab aku tak guna bilik 24 jam untuk di rejam. cukup pintar kan? eh' jap. omong-omong, kau orang tahu bila aku study nie? malam tadi la. jangan harap hari ini.


GDY 3023 PSIKOLOGI KANAK-KANAK DAN REMAJA

subjek kegemaran dan pensyarah kegemaran juga.



Dr. Fauziah Abd Rahim. doktor, saya mahu A. terima kasih daun keladi.

aku harap aku boleh jawab dengan jayanya untuk meng-Cover kehancuran paper aku yang sebelumnya. aku benci bila ingat tentang itu. duhh.

jom cek muka aku time study.ketat weh.




aku tahu diorang marah aku upload gambar ulat buku. tapi aku buat jugak. blog aku weh, blog aku. ingat sikit.



yastasha, peneman setia. eh, blog sape tue? eh, macam kenal. teettt.

sesi. "eh? lengan kau besar ke lengan aku besar lagi eh?" ini bukan study. ini meladi.

the view. eh aku cakap kat kau orang. aku tengah usha mamat tue. depan kerusi merah. comel si'ot. mata aku tergoda. nak tengok lagi boleh?

doakan saya esok yer.
insyaAllah. i can do it.
hoi kau buat apa mengadap laptop?
bye.
love.

bukan sekali tapi berkali - kali


1. aku suka bila aku kena jarak kan diri dari katil setiap sebulan sekali.

2. aku suka bila aku akan tiba-tiba beremosi, mencari fasal tak tentu minit, muka aku selalu nak ketat. weh, aku rasa aku comel, dalam sebulan, mesti sekali..;)

3. aku suka bila setiap orang, sebulan sekali akan tanya "kau ok?" aku rasa kau orang semua caringLah..

4. aku suka setiap sebulan, wajib sekali, bau badan aku wangi dengan minyak TYT. oh serai wangi.

5. aku suka bila setiap sebulan, harus sekali, pasti ada botol mineral 1 liter berisi air panas terhempap kat perut aku.

6. aku suka kerana setiap bulan aku tahu aku sedang bina rahim aku. rahim aku mesti kuat ok.

aku suka, kau orang suka perempuan tak?

tasha, thanks.
sayang kau.

Sunday, November 9, 2008

aku nak balik umah

aku tak boleh jawab exam.
aku ulang, tak boleh jawab exam.
aku keluar awal dari dewan.
aku tak boleh jawab walaupun soalan senang.
aku tak senang tengok kawan kawan berteleku
aku jalan kaki tunggu bas. ainul tanya " bukan kau naik motor ke.?
aku separa isim.

aku paling pandai goreng sayur,
aku pantang bila kau orang goreng sayur hijau, jadi kuning
aku makan kacang, segala kacang, tapi aku tak makan kacang hijau.

aku tak reti goreng kertas soalan walaupun ia segar macam sayur hijau, serangup kacang hijau.

aku tak kata aku bodoh. kau jangan cakap aku bodoh. selegi kepala kau.
aku malas. buku suka baca aku. aku tentu lah suka susun buku.

aku malas nak fikir lagi dah. aku nak layan tube.

bye.


Saturday, November 8, 2008

TAN-pa

esok aku ada final paper PENYELIDIKAN PENDIDIKAN GDP 3013. honest said, empty mind. aku tak baca apa2. just now ayah call. ( entry ni dan berikutnya aku guna kata ganti diri aku. aku punya suka la. aku dah nak beku.)

ayah : salam.
anak : wslm
ayah : tidur.?
anak : tak aih, ami bace buku , esok nk exam. ( padahal aku tengah scroll down mouse baca berita kt pc)
ayah : nak exam baru nak bace buku? eh kakak, orang study sepanjang semester. macam mana nak dapat dekan lagi?
anak : ha? aaa.. ( ive no idea )
ayah : nanti ayah beli madu untuk otak ang.
anak : ha? (blurrrr.)
ayah : haa. duit ada lagi?
anak : ada lagi.
ayah : berapa?
anak : emmm. rm ***
ayah : lagi dua hari cukup?
anak : lebih yah..
ayah : jap, ckp dengan mak ang
anak : ha...
mak : betul ke kak duit banyak tu? ke ang kesian kat ayah?
anak : eh betul la mak. ( padahal betul frasa ayat mak, aku anak tak suka beban bapa. erkk?)
ayah semula : hmm. habis exam 16hb kan?
anak : a'ah.
ayah : nak balik bila? nak ayah ambil ke?
anak : eh tak payah ayah, nanti ami nak datang balik, nak pergi program bakti siswa dekat kota tinggi.
ayah : ooo.. ( maybe baru dia teringat yang aku pernah cakap kat dia masa balik kakcik nikah) kena pakai duit ke pergi sana? duit poket lagi kan?
anak : kalau ada pun, tak banyak ayah... ( guilty)
ayah : ha, tak pa lah. tengok la lusa ayah masuk duit. ang baca buku elok2. bagi sume A
anak : (terbeliak mata aku ) A? aaaa... hehe
ayah : yelah A... intan dah janji 10 A dah dengan ayah. ( my lil sis intan ambil spm tahun ni)
anak : he ok yah.
ayah : salam
anak cute : wslm.

see.? bertambah 10 tan kat belakang aku.

2 days ago. aku mean girl. serious. baru baca blog pia tadi. im a lovely third person juga!. bukan la jahat sangat kot, tapi aku tak tahu la kenapa hati aku jadi tak sedap bila fifie bercerita pasal my admirer ( mayb ex admirer ) dah ada gf. yada yada. mula2 aku cool. tak rasa apa tapi when the stories turn to series, keep in moving, more interesting, terbakar juga. rujuk sini untuk detail.. cerita bermula bila, aku! ya aku. gatal telefon dia malam tu. setelah hmpir 1/2 tahun tak berhubung. aku dah set untuk bercakap 4 minit bertanya khabar tanda aku COOL. then he said " awak, saya call awak guna maxis awak eh.? kejap lagi " aku dah tau dia akan cakap gitu. i know from the start ok! ( but, still i did it)


from 12.00 am. perbualan berlanjutan sampai pukul 4.3o pagi. tolong saya kira berapa jam.
i save the content. tapi aku bagi antara the best phrase n sentences to show how bad i am that nite.

him : H
meangirl : MG

H : awak.. saya sayang awak lagi.
mg : tapi awk dah ada gf kan? awak janji dengan saya...... ( aku benci apa yang aku cakap time ni)

.............................................................................
H : nama dia syikin juga..
mg : ( seriously, sakit hati ) awak tak ada nama lain lagi ke nak cari gf? (kauu nak marah apa hal plak kan?)
..............................................................................
H : ALLAH maha kaya kan awk.
mg : hmm. mungkin ini takdir.
..............................................................................
H : awak tetap mcm dulu, girl yang senang untuk di dekati, tapi susah gila nak di dampingi. kompleks sangat. awak sampai sekarang kalau cakap buat saya masuk dalam cerita awak. awk macam bang bil ah.

..............................................................................

hoorait. cuba teka apa aku cakap? banyak yang kita orang cakap malam tu. aku rasa aku agak di pengaruhi emosi dan persekitaran malam tanpa bintang. so, setuju atau tidak, ya, aku dah buat dia macam dulu. yes. sebelah kiri kata. GOOD GIRL! u did it! sebelah kanan tegur syikin! apa kau buat? aku berdosa. yup,

bila aku dah sedar. ( jegil mata maca waris bila mas mas mas seru)

mg : ya Allah, awak, lupakan apa yang kita cakap malam ni. back to the reality. mari kita cari bintang. zoosssshhh! ( aku bangun dan yell. gila ah kau syikin.)


masa dia nak kauu? kauu tanak dia kan? so u deserve it.

anyway, kesimpulan, bukan aku nak rampas, caras atau kebas dia lah.! aku tak ada perasaan lentok kat dia. IM NOT THAT TYPE OF GIRLS. sebenarnya aku ada satu perasaan macam ini. " aduh, dia bukan lelaki yang admirer tahap 5 kat aku dulu lagi dah. he betrayed me with having date with someone else named SYIKIN." INI SAHAJA. aku cemburu.? ya jealous, bukan jealous yang ITU. aku rasa KEHILANGAN. aku poyo. sekian.

Bak kata orang, kita akan menghargai seseorang, bila kita sudah kehilangan dia. so, here i am. boooo. u are losers. MARI TAMPAR PIPI AKU SEKALI SEUMUR HIDUP.

anyway, seikhlas hati saya, saya doakan kebahagian awak, awak dah banyak terluka sebab saya dulu, a year awk berusaha. a week ive ruined everythings, my bad. Allah dah beri seseorang yang lebih baik untuk awak, saya tumpang gembira. mendoakan kebahagian orang lain, Allah akan berikan perkara yang sama kepada kita bukan? pray for others, good things is everywhere. terima kasih atas doa awak juga. lots of love.

Ingatanmu kenangan ku ye awak?
hee.

then,
love.

ok dah. selamat malam bintang.

SELAMAT PAGI CINTA

Friday, November 7, 2008

MALIS PERNIKAHAN KAK CIK


salam. hey friends. okey, gambar-gambar ni sepatutnya dah upload lama, but since final exam, ive got no time to blog about my sister's wedding. belum kahwin, tapi dah nikah. huh? anyway pada 2/11/08 yg lepas, kakak saye yg no 3 tue KAK CIK, akad nikah. majlis besar akan berlangsung pada 15/11/08. saye ade exam on 16/11. mayb saye x balik mase kenduri die nanti. but its okay, hari nikah saye dah balik kan? sudah la tu. ayah pun x bagi saye balik, of course la, saye xkan concentrate exam punye. sibuk menyibuk je nnt. ;) alasan utk tidak busy di hari kenduri, kalau boleh salam orang dtg saya mauuu balik ;)

so, saye balik ke taiping pade 31/10 ari tue. lepas abes exam paper perkembangan pemikiran dunia melayu pagi tue. saye trus chow balik taiping by car. hmm. mira punye kete. kebetulan die suh saye antar kete die kat bf die kat penang, so die mtk tlg saye la drive away, sampai penang, tunggu bf die kat queensbay mall, ainul amik taxi terus ke bayan lepas airport to Kuching meet her pilot.sayer balik dgn zarith n hani. so sampai taiping agak malam coz kitorang naik bus okeh.! penat.

okeh. malas nak cerita kesibukan hari kenduri, tapi im happy coz rumah happening dgn kehadiran sanak saudara and dua orang kawan baik saye zarith n hani. javanese from johor. hee. fifie tak boleh ikut coz die ade exam 2hb tue. so ok.

lepas akad nikah, kitorang terus gerak balik kedah. kejar masa. ha ni nak cerita. sngt la sakit hati. konsortium dah hentikan trip TAIPING-ALOR STAR. what the fish? so kena amik bus ke BUTTERWORTH dulu then dari sane amik bus ke ALOR STAR. dari ALOR STAR, amik bus lagi ke SINTOK. what a yummy!! eee.

so. kepada kakcik, doa ami semoga ang tahu and sedar tangungjawab ang sebagai isteri, semoga Allah memberkati ikatan yang suci ni. jg adab dan pergaulan ang lepas nie. okeh, adik bg nasihat kat akak yg berumur 29 tahun. sounds silly, but i know my sis better. so, sorry dkt abg wan, kitorang sempat jumpa kat jalan jer coz im rushing time tue. sorry k?

haa.. bile kak ngah nak kahwin?


kak cik the GEDIX sister

hani n kak cik

her cute aunty. ;)

zarith with my kak long in th busy kitchen.

the sister's. from left, noni. pengantin, my lil sis intan, kak long. n me little asyikin. kakngah tade time nie. die sibuk kat dapur. so two of us dah married. so, 4 left. AVAILABLE wehh AVAILABLE..
x bnyk gambar yg sempat di amik, tapi pakcik sayer dah amik bnyk gune DSLR die. so.. untuk kakcik albums bnyk la. tapi untuk kamera sayer. nahh no need.
okey. SELAMAT PENGANTIN BARU SIS!
then,
love

Tuesday, November 4, 2008

anis, da reply

1.Siapa yang paling suka MEMBELEK hp anda?
nobody. hp cap ayam. pastu tade org suke. aku je suke belek hp canggih org2.;)
2.TALIAN apa yang anda guna?::
DIGI, MAXIS, CELCOM
3.Apakah WARNA hp anda?
hitam kelabu da buruk siooot.
4.Siapa yang paling kerap namanya berada dalam PETI MASUK MESEJ anda
zarith, fifie, ani..
5.SMS paling kelakar yang pernah anda terima?
bnyk. hehe
6.Ada mesej dari seseorang yang SPECIAL hari ni?
ive no special one Lah. So special msg today is tarakkk
7.Nombor telefon sape yang paling CANTIK berada dalam hp anda?
my ex bf hp number. giler lawa num die. haha. penah ckp dgn die dulu nak tukar num cntk tu dgn die. he said " bnyk la cantik B kan?"
8.Nama PERTAMA dalam senarai phone book?
him. the admirer.
9.Nama TERAKHIR dalam senarai phone book?
saper yer? mls nk check
10.Suka makan COKLAT?
gila coklat
11.Siapa yang paling banyak MENGAMBIL BERAT tentang kamu?
family, friends n erkk..
12.Anda seorang yang ‘MOODY’?
sometimes
13.Anda seorang yang ‘COOL’?
water Cooler juga..;)
14.Apa yang anda buat 20 MINIT yang lalu?
ngadap blog kwn2
15.MAJALAH HIBURAN kesukaan?
x penah beli mjlh hiburan. serius. ;)
16.Warna baju yang paling BANYAK dalam almari anda
hmm.colourful, mayb pink
17.Warna baju yang paling SEDIKIT dalam almari anda?
warna2 striking, warna2 yg ble pakai. wow. ko nmpk kuning! siut
18.Di mana anda letakkan KEPIT KUKU anda
dlm almari
19.Adakah anda suka MENGGIGIT kuku atau jari?
gigit bende lain lagi best.
20.Di mana tempat STRATEGIK yang anda selalu letakkan hp anda?
merata-rata. kene suh budak2 miskol, baru jumpe hp nyer.
21.Apa yang ada di atas MEJA BELAJAR anda?
Laptop. frame, kertas, habuk n debu. mane buku?
22.WARNA dan JENAMA pen yang menjadi kesukaan time menulis
g-soft
23.Apakah WARNA dan CORAK CADAR katil anda?
aku giler beli cadar. colorful
24.Ada anda MENAMAKAN laptop/pc anda?
laptop aku. ;)
25.SOUVENIR/HADIAH terakhir yang anda pernah terima dari someone atau teman2
hmm. the admirer bagi pumps. thanks
26.NaMakan 4 orang yang anda mahu tag lagi.
satu dua tiga empat, sape cepat dia dapat. heh. anyone.

sorry anis lmby reply, fhm kn kter ngah bz exam pastu dgn connection mcm shytt. so, here i did it for u hanis hussain..;)

then
love ya

Wednesday, October 29, 2008

exam mode. yeke?

salam.

sudah beberapa ketika off. rindu pula nak berceloteh kat sini.

hmm. mana nak mula yer, sekarang ni, study week, beberapa hari lepas, saya sempat habiskan sisa sisa masa yang tak banyak mana tu dan hilangkan perasaan yang tak berapa bagus dengan kawan-kawan. terima kasih semua. aku nangis dalam McD bila dapat mesej dari DIE. korang pujuk aku sampai aku tak sempat habiskan double cheese burger yg lazat tersebut. aku tersenTOT lepas tu, kamu semua gembirakan hati ku. terima kasih kawan-kawan. im lucky im in love with my bestfriends. lucky to have been where i have been. listen to that song okeh kawan-kawan?

khamis ni my first paper. sosiolinguistik. oh ok. aku tengah jammed neh. bnyk benda nak kena ingat, bnyk benda nak kene hafal dan faham. dan pasti jari jemari aku dalam dewan nnt krem. konperm! tolong.

saya rasa saya dah mampu untuk tetapkan pendirian. saya dah xnak mengharap pada die lagi dah. its useless. sakit weh. sakit. malas nak cakap dah. ada jodoh x kemana. ulang lah berapa kali pun. i just dont care right now. saya doakan awak bahagia. ;)

sejak akhir2 nie, bnyk perkara yang saya belajar tentang cinta, kawan2 bnyk terlibat dengan permasalahan cinta yang sangat la klisye.. hee..;)

kes 1 :
putus cinta. naik gila. makan ubat-ubatan yang tak ada kaitan. nak bunuh diri. koyak2 gambar. ugut mengugut dan sebagainya.

kes 2 :
asyik teringatkan bf lama. menggeletar dan berdebar bila tengok gambar bf lama.

kes 3 :
bf sedia ada love to flirt around. hurt. nangis2. sedih2. adoaaai.

kes 4 :
bf yg ke 3 ke berape tah lupe, anak mak. x berdikari. umur dah 24. cikgu pulak tu. sedih2. tapi xpe. ade spare part.

kenapa? cinta sepatutnya mendekatkan diri kita dengan tuhan bukan melalaikan. syukur, saya sedar tentang banyak perkara dan nah, syikin semakin kind, kuat dan redha. eww.

hee.
dah nak dekat pukul 5 pg. tdo jom?

esok last nak stdy sikit lagi..
" apa itu sosiolinguistik.? perbezaan anatara sosiolinguistik dan sosioligi bahasa.. konsep diaglosia.. bilingualisme... kreol.. peluasan makna.. pertukaran kod... zzzzzz... tdo...

love,
then


Friday, October 24, 2008

butterfly


Butterfly. aku ingin jadi rama-rama. ya baku! tiba-tiba aku nak jadi rama-rama.

i love him. ;(

anyway, andhika cute.

Monday, October 20, 2008

PESTA VERSI SINTOK

2nd Day
DATE : 17 OKTOBER 2008
AKTIVITI : jalan-jalan with the neighbours, ida n jue, n of course zarith.



ida n me. tgk langit, hujan lebat gilerh pas tu..

checking checking, before zarith missing with "him"

ahaha. fafau drumstick! TAK MUAT

MNG pants for rm 10

me LOVE



VENUE : tapak pesta konvokesyen UUM
DATE : 16 OKTOBER 2008
1ST DAY, mlm perasmian ekspo konvoksyen dan integrasi kokay sayer yg terakhir.! yuhuuu!



me n the doels

in the bus, on my way to go back..

keboom! rasmi suda

angin terbang2 kan natang tue.. ee

giler besorr bebear nie. snap2.

meet my kokay's clique! tengok t-shirt la oi..

while choosing the tudung.. hee

makes life easier. hmm. tade boyfy. nak gayut dgn sapekah?


RANDOM PICTURES


venue : court tennis kolej kitorang, uum.
date : 13 oktober 2008
masa : 11.45 pm

a birthday present..
happy face of him
while sesi mencekik
ainul n ilham, sweets 24 n 22. ainul kawen la..
big broooo n me a little asyikin..;)
hafiz, si ainul boyfriend mcm buaye kan? hee
bday girl n boy da sampai
while waiting..


HAPPY BIRTHDAY PAL'S!







Saturday, October 18, 2008

tagged!

1. Name one person who made you laugh last night.
tasha, die buat lawak dgn cerite2 childish die. haha.

2. What were you doing at 0800?
mesti la tidor kekenyangan. hee

3. What were you doing 30 minutes ago?
mkn ngan fifie at mall.

4. What happened to you in 2006?
2006 eh? ermm.. enter uum n fall in love. wekk

5. What was the last thing you said out loud?
biar ah die!

6. How many beverages did you have today?
erkk.. 1 gelas. hee

7. What color is your hairbrush?
gold. tapi vodoh la. da pth. fifie pthkan. tau nape?die sikat rambut die yg kusut tu smpai patah. hey! syampoo la. pakai conditioner.

8. What was the last thing you paid for?
nasik tadi. rm 3.50


9. Where were you last night?
pesta konvo. hujan lebat weh.

10. What color is your front door?
erm. coklat kot?

11. Where do you keep your change?
poket n beg galas. hehe.

12. What’s the weather like today?
kering. jap lagi hujan la tue..

13. What’s the best ice cream flavour?
again. chocolates!

14. What excites you?
hee.. hee.. hang out with darl n doel n.. counting day to day till i meet him. hah? diam suda

15. Do you want to cut your hair?
nak. fifi kate, "syikin tukar la style." but the prob is, my ayah n mereka yg signifikan x bagi. they said " u look comel with ur long hair " so.. biar la erh? hee

16. Are you over the age of 25?
22 la. haishh. muda mudi lg.

17. Do you talk a lot?
what do u think? hee..;)

18. Do you watch the O.C.?
sometimes.

19. Do you know anyone named Steven?
steven corner. haha.

20. you make up your own words?
like what? ini ideolek ke hape?

21. Are you a jealous person?
i am. tapi dgn org tersayang jer la... hee. da lame x jeles2. boyfriend satoo!

22. Name a friend whose name starts with the letter ‘A’.
A LOT!

23. Name a friend whose name starts with the letter ‘K’.
K. ;)

24. Who’s the first person on your received call list?
ilham.. hee..;)

25. What does the last text message you received say?
" bagus2, mkn pun. lagi tembam lg comel." eceh!

26. Do you chew on your straw?
nope. gigit la mende lain weh. sedap skek. hee

27. Do you have curly hair?
once. after spm. waa. gedixly!~

28. Where’s the next place you’re going to?
erm. mayb pesta konvo or out of campus.

29. Who’s the rudest person in your life?
hmm. save the details. but i just dont care. wekk~

30. What the last thing that you ate?
nasikkkkkkkk laaaaaaaaa! ee

31. Will you get married in the future?
oh Tuhan. nak. calon tade.

32. What’s the best movie you’ve seen in the past 2 weeks?
none. senario the movie is damn bored

33. Is there anyone you like right now?
hmm. hee. di seberang sana

34. When was the last time you did the dishes?
oh so many no times. hehe

35. Are you currently depressed?
not really. esok esok xtau.

36. Did you cry today?
nak buat aku nanges hari ni ker?

37. Why did you answer and post this?
tagged by ilhamansiz n im free to do so.

38. Tag 5 people who would do this survey
1. anyone
2. "
3. "
4. "
5. anyone!