Tuesday, November 11, 2008

EXAM BUAT AKU PINTAR


okey. lanjutan terhadap entry fifie.

esok aku ada exam. sebab tu aku rajin pergi study dekat library. bukan dalam library tapi dekat okey? oleh sebab, aku pakai jeans, jom la masuk library kalau rasa nak kena tendangan kasih sayang oleh abang penjaga pintu yang aku yakin bermisai galak. handsome kot dia rasa. Dekat bawah library ada BILIK BACAAN PINTAR. dulu di kenali sebagai BILIK 24 JAM. tapi ramai students yang guna bilik 24 jam untuk buat perkara-perkara yang boleh buat dia orang di rejam kat akhirat sana. so, bilik itu secara rasmi telah di tukar nama sebagai bilik bacaan pintar, sebab hanya orang yang pintar saja yang guna. itu mereka fikir la. seperti aku. walaupun baru sekali aku masuk bilik tersebut sepanjang 5 semester kat sini dan jika dikira dengan kaedah perkiraan lazim. sudah dua tahun setengah aku jadi pelajar berwibawa tetapi aku tetap di kira pelajar pintar. 1 : sebab aku memang pintar. 2 : sebab aku tak guna bilik 24 jam untuk di rejam. cukup pintar kan? eh' jap. omong-omong, kau orang tahu bila aku study nie? malam tadi la. jangan harap hari ini.


GDY 3023 PSIKOLOGI KANAK-KANAK DAN REMAJA

subjek kegemaran dan pensyarah kegemaran juga.



Dr. Fauziah Abd Rahim. doktor, saya mahu A. terima kasih daun keladi.

aku harap aku boleh jawab dengan jayanya untuk meng-Cover kehancuran paper aku yang sebelumnya. aku benci bila ingat tentang itu. duhh.

jom cek muka aku time study.ketat weh.




aku tahu diorang marah aku upload gambar ulat buku. tapi aku buat jugak. blog aku weh, blog aku. ingat sikit.



yastasha, peneman setia. eh, blog sape tue? eh, macam kenal. teettt.

sesi. "eh? lengan kau besar ke lengan aku besar lagi eh?" ini bukan study. ini meladi.

the view. eh aku cakap kat kau orang. aku tengah usha mamat tue. depan kerusi merah. comel si'ot. mata aku tergoda. nak tengok lagi boleh?

doakan saya esok yer.
insyaAllah. i can do it.
hoi kau buat apa mengadap laptop?
bye.
love.

No comments: