Friday, March 12, 2010

Problemo's

ya ampun...
bosannya weh. masuk ari jumaat ja mesti aku blur tatau nak buat apa. padahal bukan tak ada keje. assignment ada 2 lagi tak siap. tesis masih ada banyak part lagi yang merintih perhatian aku. tapi aku still lepak macam tak ada keje. boleh merayu cadangan aktiviti apa nak buat kat kawan-kawan.

weekend is weekend la weh. cuti kita cuti la. he. jangan bebankan otak dengan benda2 ilmiah ni. (ALASAN)

hmm. aku kesian tgk kawan-kawan aku yang bertungkus lumus siapkan tesis, tup-tup. kena rejec. dah nak kena start dari mula. entah la, pada aku, mendidik bukan untuk menzalimi pelajar. cara nak sampaikan mesej kalau ada cara lebih baik, kenapa nak gunakan cara yang boleh mendatangkan kemudaratan. tapi apa pun masing-masing ada pandangan masing2. terpulang la. yg baik tu sentiasa datang dari Allah, yang buruk yang tak elok, datang dari diri kita sendiri..

hmm. aku pening la fikir pasal masalah duit ni. duit tinggal dua ratus je lagi dalam bank, tuntutan hidup aku kat sini perlukan lima kali ganda dari nilai duit yang ada dalam bank aku tu. pening la. aku tau mak ayah aku hidup tak senang, keje as pemandu bas dan mak aku as pembantu kantin kat sekolah mana mampu nak bagi aku hidup lebih selesa dengan tanggungan adik2 aku yang empat lagi kat bawah tu. semua pun masih study. aku as kakak sulung pun kadang2 kesian tgk kondisi kewangan mak ayah dan adik2, tapi aku pun tak leh nak tolong. patutnya pada usia aku sekarang dah kerja tolong mak ayah aku. tapi aku belajar pandai sangat. heh. sampai umur 25 baru leh nak keja tolong parents. haihh. padahal ada orang yang lebih muda dari aku dah tolong mak ayah. itu lah, bahagian masing-masing kan, tapi aku bersyukur jugak la, makan minum aku kat sini tak missed pun. he. syukur..

lebih bersyukur sbb aku ada orang yang sentiasa ada di sisi aku waktu susah dan senang. kalo bahu rasa berat gila tiba-tiba rasa ringan bila tahu ada orang yang willing for everything. syukur amat sbb aku dikurniakan teman-teman dan si healer tersayang. the best creatures in the world! sayang sangat kat diaorang. lebih banyak untuk buah hati aku. sayang abg!

tah la. kalo pikir masalah, memang tak kan habis, lagipun ramai lagi yang ada masalah yang lebih maha dari aku. lagipun hidup tanpa masalah bukan hidup namanya, mati pun ada banyak masalah menanti. haih. yang penting aku tau Allah sentiasa menguji hamba hamba Nya. sebab Dia sayangkan kita kan? tak nak bagi kita lalai dan alpa bagi mereka yang berfikir..betul? so.. jangan merungut syikin.. jangan..

insyaAllah. semua pun baik baik je lah.

aku ada masalah tidur la.

love.

Thursday, March 11, 2010

PAUSE

Aku baru pas balik dari kelas cikgu rosmah n cikgu ilham. heh. banyak yg nak up date dalam kepala otak aku neh. panas la baju ni. bye.

friendship marks a life even more deeply than love. love risks degerating into obsession. friendship is never anything but sharing
-ELIE WIESEL-

i love him because he is my bestfriend. ever.
tak curi, tak caras, tak kebas okeh?

Wednesday, March 10, 2010

morning kiss**

Hye.

jap lagi aku nak gi sekolah menengah kebangsaan changlun untuk dapatkan data dari responden aku untuk tesis aku la. hope everythings ok. Heh. Statistic dah la aku failed. Perhaps, ada la kawan-kawan yang bijaksana boleh tolong kan. (Ha!)

Emm. Menarik nak share sebelum aku makan semut, semalam aku ada kelas selama 3 jam kelas Prof Najib. Kelas pemilihan dan penempatan personel. then kelas tu di buat selama 3 jam untuk adakan roleplay interview session. Prof mmg dah pesan since last week supaya get ready. Pakai pakaian paling cantik and be prepared. Well. Tiba hari yang di nantikan, aku x ada la pakai baju tercantik pun coz baju aku mana ada yang cantik, so, aku pakai baju yang cerah. Pink. Kurung moden. Tanpa mekap coz aku tak ada make up tools. Bahaha. Aku belum cukup perempuan beb.

Prof cari volunteers untuk interview sessions tu dalam 15 orang, then aku dan 14 orang lagi pun secara sukarela angkat tangan. Pada aku tak ada benda yang susah pun kalau nak belajar. Ecehh. so, aku group 1st. prof tanya lagi sapa nak jadik calon, hmm-hmuu-hmm so aku pun malas nak lama-lama, aku pun offer la diri aku jadik calon, prof bagi aku satu keping kertas with a few informations dan suruh aku prepare kat luar kelas.. panel plak ada 5 orang. Diorang pun prepare la juga sesame dorang kat luar la jugak kan. He.

Tak ada la aku prepare apa pun, just agak2 je soalan apa yang mungkin di tanya. Dah bosan aku menung kat luar aku pun masuk la balik sementara tunggu ahli panel lagi arif tu masuk.. masa aku masuk tu, prof tengah suruh beberapa kawan kelas aku datang kat depan dan kitaorang semua di tugaskan untuk komen, bagi pandangan or kritik tentang cara diaorang berpakaian dalam konteks nak pergi ke temuduga. Prof bagi la situasi untuk beberapa jawatan..

Ohh. Aku suka ROLEPLAY. Bwahaha. Aku kan suka acting. ( bagi mereka yang benar benar tahu ) Aku pun join la sekali komen kat ahli ahli kat depan mata aku dengan jaya nya. Ada aje yang aku komen sampai Prof cakap aku boleh jadik perunding imej. Haha. Contoh yang aku ingat la kata2 yang keluar dari mulut aku is :

1. “ kak nad, hmm. Saya tak ada masalah dengan baju kak nad, tapi saya rasa kalau kak nad put some make up on ur face maybe can make a difference.. lagipun, kak nad memang ada senyuman yang manis, kalo bibir tu di letakkan secalit lipstick or mayb gloss lebih manis..”

2. “ hmm. I rasa baju dia ok jer, mayb diorang cakap dia sangat striking because of her top, mayb u boleh pilih colour light sikit like ur yellow kat corak bunga baju u tu kan..”

3. “kak aimi nmpk ceria, ha.. ini la power of make up, nmpak x? kak aimi pakai eye liner and lipstick dah nmpk kak aimi lebih manis, ceria dan confident..” (padahal muka sendiri hancur)

4. “ saya rasa tali pinggang dia tak sesuai la, itu tali pinggang jeans, tak sesuai pakai dengan slack….. lagipun die pakai khakis, x sesuai gi interview pegawai penjara”

N so onnnn. ha!

Time second round, aku pulak budak2 suruh pegi depan. Bwahah. Hamik kau, act, aku x ada masalah pun coz pada aku dia orang boleh komen as long as komen tu membina. Lagipun aku bukan suka kritik membabi buta dan perasan macam aku sangat la perfect. Oh ok je bagi i.

Time aku ke depan je, budak dah cakap baju aku pakai ketat. Aku ulang KETAT. Wauuu. Siap Prof tanya lagi sapa rasa baju yang I pakai ni tight. Ada la 2,3 orang. Tapi lucky me bila prof Tanya sapa yang rase baju I pakai x ketat. More than 3. huhhh. Fuhhh. Aku dengan spontan nye cakap, oh hello, ini bukan ketat, ini sebab LEMAK. Haha. Nasib baik prof ckp ketat tu sngt subjektif. See? Tapi memang betul la baju tu dah fit sikit coz aku dah gemuk. DIAM AH. (baju tu aku akan pakai time dah kurus balik.)

Bla bla bla. Finish. But aku rasa diorang honest, which is a good thing.

Ok, then time real roleplay pun start. Aku pun bebel la dalam masa 17 minit, audience di minta comment. Bla bla bla. Ok accepted. Banyak yang kitaorang belajar. Berguna untuk aku dan kawan2 time nak g interview keja nnt. Best.

Tapi ada la seorang hamba Allah ni (a guy) yang sejak aku kenal dia memang tergolong dalam lelaki yang tak banyak cakap, hanya cakap benda penting dan positif sahaja dan sangat la sukar untuk communicate dengan dia maybe sebab dia tak penah jumpa orang yang macam aku kot? Hah.

Prof tanya ada sape2 nak komen lagi pasal calon or panel. Then dia mula nak cakap, dan harus lah dia tujukan pada aku.

(dengan nada yang smooth n slow) kene letakkan telinga pada arah volume suara dia bergetar.

“ saya nak bagi pandangan dalam konteks bidang kita semua (kaunseling la) awak seorang yang very offensive.. err.. macam mana nak cakap eh? Offensive.. offensive.. awak buat orang lain ke belakang”

Huh? Aku pun. “ maksud awak?” he reply with the same answer.

Ok. Pada masa tu aku memang tak bape clear sngt apa tu offensive all about sbb BI aku mmg la tahap gaban punya hancuqq kan.

Aku pun balik then teringat nak bukak kamus, konon nak pastikan maksud dia sebetulnya la kan.

Tengok nie :

Offensive : rude in a way that causes you to feel upset, insulted and annoyed.

Offensive remarks : His comments were deeply offensive to a large number
of single mothers.

The programme contains language which some viewers may find offensive.

Ohh. I get it. Im rude and lack of politeness.

Aku tak sangka pulak kata kata aku tu buat dia rasa ke belakang. Wahh. Hebat jugak ye bahasa aku, baru aku tahu kritikan untuk tujuan positif juga sesuatu yang boleh buatkan orang rasa terhina dan sakit hati.

Boleh aku cakap sesuatu?

Mungkin itu pandangan orang (kaunseling) yang tidak boleh menerima kritikan dan tidak mengambil kritikan itu sebagai sesuatu yang boleh di jadikan positif value dan tidak mahir berkomunikasi.

Masalahnya tugasan aku ialah diminta memberi pandangan/kritikan tentang cara orang berpakaian ke temuduga yang bersesuaian dengan jawatan yang di pohon, seingat aku, aku tak gunakan bahasa yang kasar. But jyeah. Kritikan itu membina sebenarnya. Mungkin aku akan lebih berhati-hati bila berkata-kata dan lebih menjadi seorang yang berpura-pura demi menjaga hati orang lain. Sebab mungkin aku kena lupakan pepatah, berkata lah benar walaupun ianya pahit. He.

Tapi aku rasa kritikan dia juga bagus sbb tiba2 aku rasa kemahiran komunikasi aku semasa aku jadi debator dulu dah nampak shining balik dan mungkin sbb itu jugak aku di gelar offensive.

Friend, u are right.

Walau apa pun, aku nak mintak maaf pada semua yang terlibat kalo ada antara korang yang baca entry ni andai kata-kata aku kasar dan buat korang rasa terhina, but main point is still. This is all about learning process.
Mungkin ini antara sebab kenapa aku tak dapat capai cita cita aku untuk jadi seorang peguam.

Oh yeah thanks jugak pada komen2 yang very supportive. Yes. Aku memang energetic dan aggressive. Rawww!

Mungkin dia rasa aku rude sebab aku mintak dia tanggalkan cermin mata die sebab aku rasa dia sangat pemalu. Eye contact tu penting beb.

Aku rasa dia patut ambil ko-k public speaking macam aku.

He. Chill chill.

Monday, March 8, 2010

berhabukkk..

salam..

ya Allah dah berbulan aku x ngeupdate blog. so-not-updated betol la. aku bukan apa, keja kalo dah bertangguh. tertagak-tagak, memang tak siap la kan sampai sudah. ini la sudahnya? aku bukan x hari2 main tenet. hari2 kot, tapi bila bukak blogspot, aku just baca blog orang. baca blog orang. kesudahan sakit tengkuk, blog sendiri aku lupa. haihh. padahal aku ada berjuta cerita nak share. alaahai sikap.

hmm. aku janji pada diri aku sendiri untuk update blog even tak ada readers. haha. bukan apa, dah lama aku x garap kemahiran menulis a.k.a menaip aku. then, aku rasa komunikasi siber aku dah semakin lemah. bahaha.

even, bf aku pun tanya lama x update blog. at least dia baca blog aku. heh..;)

yo, kat mana nak mula, ok. kalo dalam facebook, colleague asyik bising pasal tesis. so do i, aku pun nak kena siapkan tesis. sekarang baru bab 3. instrument x edit lagi, cuti sekolah dah nak dekat. aku x pegi sekolah lagi. wahh. mengundang masalah bah. aku jadik malas bila masuk semester akhir ni. malas tahap gila babi. abes masa nyondol katil and makan. gila. kalo tengok shout fb kwn2 penuh dengan kata-kata simpati, tragis dan nista tentang perasaan dan kesibukan dorang siapkan tesis, aku jadi tukang comment and gelak je. hah. padahal? keja sendiri terbongkang.

penat siakk...

ok. malas nak kopek cerita-cerita lama. sbb, aku nak move forward. yang berlalu tu yg mana aku boleh ingat, aku keep in mind, kalo aku dah x ingat. bye bye. so sekarang aku akan kongsi benda-benda yang ke hadapan je. go syikin go loser! hehe. blogspot, tunggu la i klik2 pasni.

march already bebeh.. aku ada lagi 2 bulan untuk habiskan study kat UUM ni and gran degree scrool. insyaAllah. wuhuu. dah 4 tahun gojes i kat sini, alhamdullillah everythings goes well.. even banyak yg pahit.. tapi lebih banyak manisnya. takan ada kenangan yang lebih indah selain kenangan kat uni life. believe me babes. kat sini la u all akan kenal dunia dalam dimensi yang lebih luas b4 u all keje n kawen n so so. betul weh, kt sini la u all kenal kawan, lawan, sahabat, teman and cinta (kalo ada rezeki. bwahaaha). so jangan sia sia kan amsa remaja anda. ;)

ok, menarik nak share, walopun event ni dah hampir sebulan berlalu in case aku malas nak update, dan yang penting aku sentiasa ingat event ni so leh la aku share kat sini.. ;) my besties darla Puan Asmaliza Fifie Ahshari sudah pun selamat bergelar seorang isteri pada 13 FEBRUARY 2010 yang lalau. alhamdullilah semua berjalan lancar and im happy for her. semoga pasni ko jadik lebih matang dan jadik seorang isteri yang di sanjungi suami dan di berkati Allah. amin.

funny thing is, aku sampai sekarang x percaya die da kawen. alahaai. time aku kawen nnt die dah kendong 2 baby x? ayookapalaci. aku selalu nak ajak dia buat gila tapi aku terlupa situation dah berbeza. kelakar bila dengar dia call hubby and mintak izin time dia nak g tgk wayang. hah. hah. opps. tapi reality kan? dunia, cepat nya masa berlalu. nah tengok gmbr dia kawen. weh. aku pengapit tercomot abad ini.




we had so much fun!


google google!


selamat pengantin baru fi, selamat. doakan aku pluak pasni k. aminn..


yeahh. hmm. ah, lupa. aku ada trip ke Phuket, Hatyai, Songhkla with my bac friends. mmg terbaekk punya la pengalaman. (25 feb - 28 feb)

aku suka Thailand, orangnya, suasana, makanan, PAKAIAN, dan segalanya. sume nampak baikk jaa. aku ingat nak datang lagi la. check out picca's kat fb. malas nak upload. hehe. cantik weh phuket cantikk..

relevan kenapa phuket kena tsunami. go visit there. yuhu.