Saturday, November 15, 2008

cobalah coba

kejadian malam tadi. yasha telah di tahan oleh unit keselamatan UUM ( UK ) di pintu utama UUM. kitaorang pergi library sekali lagi.. SWEETS.

sambil mengarahkan isyarat tangan ke kanan-ke kanan..
kitorang pun berhenti.


" uih, johnya beghenti." kata si pakcik 1
" hee." aku senyum.

di sebabkan aku penunggang yang cute, sudah pasti abang UK yang muda dan comel yang berkeinginan untuk memeriksa lesen aku dan sticker dan etc. ( jangan pura-pura nak muntah ) aku hilang tumpuan terhadap abang UK comel tersebut kerana asyik perhatikan yasha di hadapan. aku mulai resah gelisah. aku pun tak tahu la kenapa kawan-kawan aku tak memilik keberanian menunggang motor dan lebih tepat tak tahu memandu walaupun basikal seperti fifie. aku benci memikirkan seorang gadis yang berperwatakan sedikit lelaki dan muka penuh kebengisan, tapi gagal memandu. macam mana nak jadi samseng jalan raya? malam tadi, aku yakinkan yasha yang dia mampu, walaupun aku terpaksa menjadi marshall di hadapan dan di belakang memberi arahan, seperti;

" sha.. kiri sikit!!"
" sha, brekk, turun bukitt pas ni"
" sha jangan tengah sangat!!"

pembonceng a.ka. fifie.

" kin.. aku risau, aku ngeri." kepala hautak die kan?? tahniah yasha, setidak-tidaknya kau cuba dan berani. syabas.

aku mulai risau melihat yasha di hadapan, dah la tak pernah menunggang motor, bawa pulak sekejap ke tengah, sekejap ke tepi. ngeri. serius ngeri. yasha di tahan oleh pakcik Uk yang aku kira kategori gatal dalam percubaan pertama menunggang motosikal.dan yang paling mustahak dalam cerita ni, yasha tak ada lesen motor. oh ironi.

" lesen?"
" alaa.. pakcik.. purse ngan lesen sayer ade kat kawan sayer kat belakang la.."

" kawan belakang mana?" ( merujuk kepada ilham dan rafi yang lambat sikit coz isi minyak motor )
pakcik Uk senyum geletis.
" ada lesen ka tak dak neh, cakap betoi2"
yasha dengan childish..
" ya Allah pakcik.. aderrrrrrrr.." sambil hentak hentak kan kaki.

setelah melihat yasha dalam keadaan genting, aku perlu bertindak.

" pakcik, betul pakcik, lesen die ade kat kwn die kt blkg"

masa aku sebut kawan dia kat belakang, rafi dan ilham pun masuk gate utama, melihat kami di tahan, sambil tersenyum dan siap " piiiiiiiiiiiiinnn". si'ot. sekali lagi. oh ironi.

" ha, tu la kawan kitorang pakcik."
" dah tu, awat dia tak beghenti??"

aku?

" a'ah la pakcik, diorang lupe tue.. boleh plak hon je, sha, kau nak aku gi amik kan lesen ke?"

aku tahu yasha semakin cemas, muka dah pucat, mata dah nak berair.

aku? harus cool.

" ala pakcik.. betul la.. die hari2 nek motor nie g kelas, saye tau la pakcik.."
" sayerr tak pandaii ckp luar." pakcik itu membuat muka yang aku rasa nak rebus kepala dia.

"ha, takpa, kami gheti, betoi pakcik, dia ari2 nek moto ni p kelaih.. awat la pakcik tak moh caya ngat tak tau..."

"hahaha." dia ketawa. aku confuse nih.

" hang orang mana.?"
" orang tepen."
" hooo, orang tepen, hang habaq kat kawan hang, lenkali nek motor usung la lesen tue, yang dok bagi kwn pegang tu pesaipa.."

" ha takpa, dia kalut apa taktau tadi, lupa kot.."
" ha, hang ingat, len kali saya nampak, saya tak cam len dah, saya cam tang gigi hang ja.." kata pakcik kepada yasha.

aku?

kali ni aku memang tak boleh tahan.
maafkan aku yasha kerana ketawa berlebihan.

yasha.?

" kin, aku nak tdo kat library, esok pagi kau amik aku eh?"

;). penakut.

aku nak minta tolong, kepada fifie dan yasha, dan kawan-kawan lain, tolong lah aku, mana mungkin aku mampu bertahan, aku perlukan pertolongan, tolong lah. tolong. tolong ambil lesen ok?

semasa pulang, kami lihat pakcik tersebut sibuk menahan sebuah kereta yang di pandu oleh sekumpulan gadis indonesians ( students ) yang seksi.

kamu faham maksud aku bukan? jangan tanya kenapa lelaki tidak di tahan.

oh.

taiping with love. credit for me. loghat utara aku selamatkan kau yasha.

1 comment:

~ntah.sesape.ntah~ said...

kin....
thanks slamatkan aku...
ngeheeee :)