Friday, September 17, 2010

kalau ada jodoh tidak Lah kemana.

merujuk kepada perkara di atas, aku berasa terpanggil untuk berbincang isu ini secara serius
banyak yang berlaku sejak dua menjak ni dan buat aku bnyk berfikir tentang hubungan.
hmm. banyak yang aku nak ulas, tapi mak dah panggil balik beli ikan bilis. Jap eh..

hi. meh kita sambung balik.. sejak dua menjak ni aku banyak berfikir tentang perhubungan. hubungan ibu dan ayah, adik dan kakak, abang dan adik, lover with lover. hmm. buat kepala aku runsing.

berfikir dan berfikir aku dapat kuarkan sesuatu dari kotak pemikiran aku. iaitu aku memang tak ready untuk get serious dalam hubungan. maksud aku, aku tanak terlalu fikirkan tentang hubungan yang terlalu jauh, tunang or kahwin. jujurnya aku dgn healer mmg ada perancangan ke arah tu dan aku amat berkeyakinan terhadap keseriusan kata-kata dia. plus, aku mmg tak boleh nak argue tentang hujah2 dia. malangnya ada beberapa perkara berkaitan hati, pengalaman dan persekitaran yang buatkan aku banyak berfikir.

please la. urhh.

healer mesti akan pikir bukan2 bila aku cakap mcm ni, tapi percaya lah, aku kurang yakin dengan cinta kebelakangan ni, tah la, berdasarkan pengalaman, dalam mana2 perhubungan mmg akan ada stage2 dia, so aku rasa sekarang aku berada di stage yang kurang keyakinan. aku tanak nnt bila di hari nikah, aku lari dari masjid, jatuh tangga dan kasut terpaku kat dahi. uuh. faham kan.

aku ada cakap dengan healer tentang perkara ni, tapi aku tanak dia fikir yang aku tak serius plak dengan dia. sebenarnya aku sangat serius bila berada dalam relationship. aku mmg all out la. tapi tahh.. maybe kejadian dan persekitaran aku akhir2 ni mempengaruhi pemikiran aku. serius.

cuti raya ni aku banyak habiskan masa dgn kawan2 lama yg mmg lama aku x jumpa dorang, banyak jugak cerita yang baik dan kurang baik yang kitaorang share. ada tangisan, ada ketawa, ada plak laraaaa. discussed2 and then buat kan aku mula muhasabah diri.

bercakap tentang jodoh.. hmm.. aku kadang2 susah nak faham dengan konsep jodoh. jodoh pertemuan ajal maut kuasa tuhan. admit. betol memang. tapi kalo sentuh pasal jodoh aku mula rasa ada benda yang tak kena.

aku sayangkan hubungan aku sekarang tetapi dalam masa yang sama aku takut. takut apa? macam-macam. aku tak rasa aku bersedia sepenuhnya untuk menggalas tanggungjawab sebesar seorang isteri. tengok aje la mak aku.

sekarang aku cuba untuk serahkan segalanya pada kuasa Allah, kita hanya mampu merancang, Allah bakal menentukan, usaha tangga kejayaan. InsyaAllah. thanks mak dan friends yang banyak memberi nasihat sejak akhir2 ni. thanks jugak kepada pengalaman dan persekitaran yang mematangkan.

still. kalau ada jodoh tidak lah ke mana.. hai dondang la sayang..

love u.

1 comment:

Cik_Iza said...

sayang..
past is past.. let bygone be bygone..
u have to move on.. apa yg jd ade hikmah.. mcm makanan kan.. kalo bukan rezeki kita.. nk masuk dlm mulut pun tk sempat kan.. tp kalo rezeki kita org tue dh nk makan tp leh bg kat kita.. :) aku pun takut jugak.. cite pasal kawen nie.. but believe in ur self.. ur partner in crime.. :D kalo kita ikhlas.. insyaAllah Allah akan tolong kita kan.. mudahkan sgala urusan dan perjalanan hidup kita.. dun wori ek.. be happy dear.. luv u