mood : berhati-hati. berbunga-bunga dan bersedia.
" meletakkan diri seadil-adilnya dalam mencintai pasangan, bersikap moderat, tidak condong dan berat sebelah tetapi berada di tengah-tengah. jangan berlebihan mencinta kerana ia boleh menyakitkan anda. bersedialah untuk dipisahkan oleh Yang Maha Kuasa. bertemu dan berpisah kerana Allah, qada dan qadar tiada siapa boleh lawan. jangan pula kedekut, tidak cukup memberi kasih sayang kepada pasangan anda. cinta berlebihan buat anda bosan, berkurangan cinta juga rasa tak nikmat, maka yang pertengahan itu jalan yang selamat.
jangan terlalu bergantung kepada pasangan anda, sesekali berpisah boleh menyemai rasa rindu di hari. jika bersendirian anda mesti bertanya bagaimana jika aku terpaksa melalui hidup ini tanpanya? siapa sesungguhnya yang lebih dekat dengan ku? yang tidak pernah meninggalkan ku dalam susah atau senang, yang tidak akan surut kasih sayangnya pada diriku? hanya Allah yang setia mencintai anda. kekasih boleh pergi, suami boleh lari. mengapa bersedih kerana cinta yang belum pasti kekal. jika cinta di hati anda berasal daripada Allah taala maka orang yang anda cintai akan bahagia selama-lamanya disisi anda. namun kalau cinta itu bukan daripadaNya, tak akan lama bahagia itu di rasai, tinggal menunggu bila kehancuran akan tiba."
p/s * sayer akn olwiz ingat pesan2 awak. my sayangness.
No comments:
Post a Comment