Tuesday, December 13, 2011

Published with Blogger-droid v2.0.1

Wednesday, November 30, 2011

my dear future H

Allah maha mengetahui dan adil. sakit satu anugerah. menjadikan kita manusia yang lbh tabah. ;-)


Published with Blogger-droid v2.0.1

Friday, November 25, 2011

soulmate.

ya Allah, lindungilah dia dari sebarang malapetaka, berikan lah dia kesihatan yg baik..  aku amat menyayanginya. terima kasih atas nikmat kasih sayang yang telah kau kurniakan.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sunday, November 20, 2011

hati yang terluka

semakin hampir dan nyata semakin gusar hati ini. masih ada kah sinar bahagia di hujung sana. :-(
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, October 5, 2011

motivation

i feel like i walk into empty space when im going to work. i have no motivation at all. i have no feelings, no sense and nothing. yeah, now i just understand what is gaji buta all about. pity. poor me. what a shame. very bad.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, October 4, 2011

PMR

cikgu dan warga SABDA mendoakan kejayaan anda semua. kepada adik bongsu ku, afiq, i wish nothing but the best for u. love u all. good luck
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, October 3, 2011

budak2

kalo pening kepala pandai ketok pintu warden rengek2 kan.. kes serius mcm ni budak2 diam je. hello, yang korang tengok itu ialah penis.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, September 30, 2011

PMS

sakit perot, pinggang, ari ari. itu tandanya aku memang sangat kewanitaan.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, August 11, 2011

someone like you

kalau entry yang lepas, aku post dlm kitaran puasa yg ke 5, kali ni aku post dgn angka 5 jugak, 5 hari di zon merah. uhu.

alhamdulliah.. im doing good. selama aku di dalam zon merah ni of course aku amik peluang ni untuk berehat. berehat dari masak. masak untuk berbuka dan jugak bersahur, pity housemate. but, for sure, its my rest day. ;)

sekarang minggu peperiksaan, form 3 n form 5 students sekarang in a trial exam. i wish them a very good luck. dua2 batch tu harapan negara dan sekolah terutamanya. do nice kids. jgn bnyk main.

aku sbnrnye rindu dgn dunia blogging, rindu, kak jannah tesl once told me, keep writing, jgn stop because once u stop u akan jadi malas berhantu. mmg sngt benar. kdg2 dalam hidup kita selalu akan ada bnyk perkara yang indah dan menarik untuk di sampaikan dalam bentuk yang bermakna.. aku bukan lah blogger hebat yang boleh menarik ribuan orang untuk mengikut setiap post yang di tulis, but at least aku teringin untuk menjadi seorang blogger yang mungkin akan boleh buat orang lain tersenyum tentang apa-apa yang aku cerpenkan. heh. berangan.

sikap malas aku ni ekoran dari kesibukan aku kerja dan bila ada masa terluang aku plak pergi blog orang untuk tersenyum. haih payaaahh.

akhir2 ni persekitaran aku mengingatkan aku tentang banyak perkara, benda apa lagi yang best untuk diingatkan kalau bukan pasal love story. bila dah menjengah usia jubli ni, aku rasa pemikiran aku dah semakin matang walaupun sometimes terjengah jugak sikap anak-anak aku, but, real thing is aku sekarang dah masuk fasa kehidupan dengan komitmen, faham?

dulu masa korang dan aku remaja, bila bercinta masa form 3 dulu rasa macam lambat je nak habis sekolah coz dah jenuh bilang hari untuk kawen dengan bf masing2. macam senang sangat la kawen tu kan, macam main masak-masak. main masak2 pun susah tau lagi2 time nak cari lighter ayah nak idupkan api tempurung, inikan pula perkahwinan. poyo gila hangpa.

bila bercakap pasal komitmen, it drag me out from dreams. makin dekat, makin aku rasa, eh bersedia ke aku? eh betul ke aku nak kawen dgn dia? eh tah2 ade yg lagi baik kot? eh aku ni mampu ke setia dgn dia je in my whole life? macam2 akal fikiran keluar.. bila aku fikir knp kita boleh berfikiran macam tu, aku rasa satu je jwpnnya, bukan belum bersedia, erkk, maybe boleh guna la perkataan belum bersedia, belum bersedia untuk hidup dgn komitmen. ini bukan nak cerita "u ade org lain la tu tanak kawen dgn i lg?" "u ni xserius la..." "u ni main2 la.." bukan, but for me, its all about commitment. bukan dalam kisah nak kawen je, dlm semua bnda, kalau kita betul2 commit, kita akan berjaya. i believe in it.

aaaandd anndd andddd, aku juga percaya lelaki yang boleh fit n fix adalah lelaki yang paling sesuai untuk membimbing kita si tulang rusuk.

SCENE :

seorang gadis nak masukkan barang ke dalam beg yg dibawanya. teman lelaki lelaki di sebelah memandang si perempuan,

si gadis dgn terkial2 nak masukkan barang tersebut, lantas lelaki tersebut tarik zip beg tu luas2 supaya si perempuan boleh dgn senang lenang masukkan barang. si gadis seminit lepas tu tertawa,

"kenapa la i x terfikir td kan"

si lelaki menjawab

" itulahh perempuan ..

si gadis membalas,

" sebab itulah perlunya ada seorang lelaki di sisi seorang perempuan.."

u fit and u fix. im lucky im in love with u



i love LOVE.

Friday, August 5, 2011

fasting month

assalamualaikum.

belum terlambat lagi untuk aku ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak..
hari ni dh ari kelima kita berpuasa.. hmm... syukur alhamdulliah.. ntah knp ramadhan thun ni seolah2 ramadhan yg terakhir untuk aku.. feelingnya lain.. aku banyak berharap dalam bulan ni aku dpt buat banyak ibadah.. doakan saya berjaya..;) tapi aku tetap rasa lebih seronok berpuasa di zaman uni.. rindu yang teramat sangat.. berjalan mcm itik ke bazar ramadhan dgn fifi dan di sambut dgn rafi kat bawah.. pegi bukak posa kat luar.. sahur kat luar.. oh happy nya.. terawih dgn kawan2.. hmm..

bila dah keja nie.. dah terasa lain sangat2 dah.. suasana pun semakin matang.. masing2 buat hal masing2.. lagipun aku xde klik yang rapat kat sini.. lagipun my true colours pun smpi skrg masih belum keluar sepenuhnya.. asyik kaler kelabu je. haa.

kalo bercakap pasal puasa mesti org cakap pasal bazaar ramadhan dan juadah berbuka.. untuk pengetahuna since aku dh duduk menyewa kat kuarters ni dan kedudukan bagan datoh yang ceruk ni mmg membuatkan pakej lengkap untuk menjadikan aku seorang insan yang bernama wanita untuk menjadi lebih wanita. hee. aku masak tau. so ari ni ari ke lima. since housemate aku balik alor star, aku masak nasik goreng kampung simple je la kot arini.. barang dh ada. tadi pegi beli kangkung je.. minta2 la sedap. nyum2...

ari pertama berpuasa kitorang warga sekolah a.k.a warga bujang kat sekolah pergi berbuka puasa dekat kedai tetap kitorang asly tomyam. dia ada buat juadah berbuka percuma untuk sambut puasa.. so, free meal sapa nak lepas kan. ari kedua aku buat bubur lambuk, ari ketiga mee kari, ari ketiga buat meehun goreng singapore, dan arini plan nak buat nasik goreng kampung je coz buka sorang. miracle nya bulan puasa ni, apa yang aku masak even for the first try pun lazat nya sampai termimpi2. hahaha. angkat bakul sndiri la.. tade org nak puji. anyway, ntah nape bulan pose tahun ni aku rasa happy sngt2. ;) even suasana nye tade lah semeriah mana.. apa yang penting pengisiannya..

bila dah bercakap pasal puasa mesti kite relate dgn persiapan raya.. sedih.. baju raya baru sepasang ni.. tak kan sepasang je kan.. itula, my healer pun xde gaji lagi.. kalooo tidak. ;)

okelah.. quick post je ni coz aku rasa dh lama gila x update blog.

so, selamat berbuka ye kawan2.. hindari sifat boros seperti syaitan ketika membeli juadah di bazaar2 berdekatan. aceh. lebih suri kalo korang masak pakai dapur periuk sendiri...

love. ;)

Sunday, May 22, 2011

hmmm

as salammualaikum

hari ni ahad, masih dalam hari aku bercuti. tp hari ni macam ari yang paling gloomy bagi aku padahal kat luar sana terang benderang. wana oren2 dah umah aku. housemate tadak pi HKSBP kat TKC. ramai cikgu macam takde je minggu depan aku rase. masa type entry ni muka aku dah macam karipap kita beli waktu bekfes tp kita makan waktu petang.. dr pg tak mandi. sila la kata aku kerbau ka kambing ka aku tak kesah, yang aku tau, aku tadak niat nak p mandi. ari ni aku just kemas bilik aku yang dah bape hari macm tongkang pecah kat batu pahat, eh relate? layan je aku ngarot. ingat nak mop umah macam selalu aku buat time weekend tapi end up dgn aku berangan dpn TV. ingat nk tgk fairy legal tapi aku duk depan pc. background aku skang ialah almari dan suara2 anak2 cikgu kuarters ni main bola. memekak.

hmm, sejak aku bekerja dan bergaul dgn orang2 bekerja ni aku rasa diri aku bnyk benda yang tak sama dengan orang lain. bila aku fikirkan secara rasional hidup ni tak sama bagi setiap orang. even aku dah kerja gaji aku yang tak banyak tu bagi org lain dah meweh, tp pada aku setiap bulan sebelum dapat gaji, duit aku dah habis dalam monthly planning. aku stress weh, dah 5 bulan aku keje, gaji aku yang aku guna untuk diri aku just sehelai mng jeans, 3 helai jusco top dan cermin mata murahan untuk aku drive pada waktu malam, kasut hush puppies yang aku guna untuk g sekolah. lain? tadaaakk. bukan aku tak bersyukur, yaAllah aku bersyukur atas nikmat yang Allah berikan cuma kdg2 setan jahanam selalu buat aku rasa down, tapi sat ja la setan tu leh menguasai minda aku. tapi bila aku beristighfar dan ingat yang rezeki ni Allah yang bagi, aku jadi release.

sebagai anak sulung aku tau beban dan tanggungan aku lebih dri orang lain, ada ja anak sulung yang hidup senang lenang, takyah tanggung apa2 coz mak ayah depa bekerjaya. tapi aku anak kepada seorang surirumah yang aku cinta dan seorang ayah yang hanya bekerja kalo orang suka nak panggil kerja. as a bus driver aku rasa ayh aku dah penat bersengkang mata nak bawak 44 nyawa atau kurang dalam setiap perjalanan. hmm. aku faham itu, so terpaksa la aku cut cost untuk diri aku pada setiap bulan untuk menampung keperluan2 lain. hmm, walaupun secara peribadi aku sedih, tapi aku rasa rezeki ni milik Allah bukan milik aku mutlak, kalo aku pentingkan dir sendiri mungkin akan ada balasan untuk aku kelak. mak aku tak penah mengeluh dia hidup susah selama ni secara over2 depan aku adik beradik, setiap apa yang kami nak dia cuba penuhi. sayangnya aku kat mak aku. aku ni ha, baru nak belajar berjasa dah nak mengeluh sedih apa bagai. kan? turukkkkkkkkkkkkkk.

my healer always there to push me.. i love him muchos. kalo dia tadak dalam hidup aku as a friend, lover, enemy, orng yg plg faham dan tau mslh aku. aku rasa aku tatau nak duk berdiri tegak mcm mana. even, kdg2 aku sakit hati jgk dgn dia tapi sbnrnye rasa sakit hati tu dtg untuk menyakiti hati aku sndiri. korang faham ke? xpaham sudah.

aku percaya ujian Dan dugaan yang aku tempuh ni adalah ujian dari Allah kpd aku yang lalai dan berdosa ni. nak ingatkan aku pada DIA. aku pun selalu sngt buat dosa. bila susah bru nk teringat kat DIA. waktu senang mudah lupa. kan? mungkin DIA nk aku jd orang baik, berjasa pd ibu dan bapa, rezeki tu ada ja kalo kita berusaha dan berbuat kebaikan. contohnya orang yang sanggup berhenti kerja yang gah2 semata-mata nak menjadi seorang sukarelawan, kalo duk pk bulan2 dia makan apa? jwpn dorang simple, Allah mempermudahkan laluan rezeki kalo niat kita untuk mendapat redha dan barakah Nya.. so aku percaya tadak orng yang miskin dalam dunia ni. kalo kurang duit ringgit depa lebih kasih sayang, kalo banyak duit ringgit, mungkin kurang di mana-mana, kalo lebih segala2nya, bersyukurla pada Allah, kalo kurang semuanya, jangan lah hampa, BERUSAHALAH!

tiba2 aku jadi bersemangat. eh dah x mendung.

love.

Saturday, May 21, 2011

takde motif

assalammualaikum.

ok, aku tipu. aku tipu yg aku promised that i will updating my blog as often as i could. but jyeah. i lied. aku tak da attention nak update blog yg x penah ade readers ni. hahaha. anyhoo, aku rasa kebaikan blog ialah aku akan gelak sorang2 bila bc entry2 aku yang lepas yg mana pd masa itu aku masih lg budak2 mentah yang baru nak meningkat naik. dari segi kenaikan berat badan dan peningkatan kualiti pemikiran. hee. aku rasa itu yang paling seronok ber blogging. yes, aku bukan blogger hebat atau lawa yang boleh attract peoples to follow u or likeeeeeeeeeeeee u many times.

cukuplah sekadar penulisan aku akan mengingatkan kpd perkara2 yang mungkin aku akan mudah lupa kronologi cerita tersebut. hish. aku penah delete lebih dari 30 entry dan aku amat menyesal buat benda bodoooh tu.

apa yang menarik nk cerita, yeah aku dh kerja hampir 5 bulan. so sbg guru baru bnyk aku masih perlu belajar dan masih yg perlu aku faham bhw dlm dunia pendidikan juga kita bukan deal dgn students but the management and yee the teachers. oh, selamat hari guru, walo pun dh dekat seminggu berlalu. selamat hari guru buat semua guru Malaysia dan di dunia. this time aku takda niat nak membebel pasal kesibukan, tekanan dan apa juga yang relate dgn kerja. coz, hari ni hari sabtu. he. make it relate. hoo!

bnyk benda yg menarik dan aku tertinggal untuk di ceritakan. so, kalo nak flashback balik pun agak-agak la akan. krem lutut. so apa yg penting ialah here n now. so, hari ni aku plan nak kemas umah but then end up dgn aku msk. ye msk. mmg msk. walopun kehabisan bawang besar, aku telah berjaya buat asam pedas ikan kembung ala-ala vegetarian. sayur kobis masak lemak campur su'un and and and telur dadar. ;) bila aku rasa ms mask tu semua dh sedap2 rasa je,bila campur dgn nasik, kenapa tawaqq habiaaq? so aku faham knp mak aku selalu ckp alaaa, "xpa la masin sket, satgi mkn dgn nasik ok laaa." make sense. kan? so buh la garam lebih sket pun xpa. satni gauui dgn nasik lebih sket naa.

mlm semalam aku bwk budak gi perasmian kejohanan balapan dan padang MSSM kat stadium Indera Mulia, Ipoh, itula aku kali pertama masuk stadium, xpenah kot, so aku bygkan tgk bola mmg fun gila dalam stadium. budak2 sekoalh ya Allah bising nak mati, nak buat ombak la apae bagai. masa perbarisan hormat tu ada la maskot2 setiap negeri tu buat gaya yg annoying tp mmg comel, aku dh dpt bygkan duk dlm stadium tgk olimpik atau komanwel punya perasmian. waaahh. best!

ada la aku amik gmbr sket2. tapi mls nak transfer. kesimpulannya, aku tatau apa motif aku buat entry ni.

love.

Sunday, May 15, 2011

better late than never

Asslammualaikum

hi my diary.

mulai hari ini aku berjanji akan sentiasa meng-update blog.

esok hari guru. my 1st teachers day celebration. whoaa. excited.

untuk permulaan. itu sahaja dari aku.


love.

Monday, March 21, 2011

back to basic

assalammualaikum. salam satu dunia.

hari ni hari pertama persekolahan lepas seminggu bercuti. sbg cikguu baru, aku pun mood mcm budak form 1 second intake. terkinja2 nak cuti dan terhegeh2 nak balik sekolah. aku bercinta bagai nak rak bila smpai hari ahad. urghh. malas betul nak balik bagan datoh, bukan malas nak ke sekolah, tapi malas nak bangun pagi. pun bolehh. hari ni aku dgn housemate bangun pukul 6.40. apa pendapat anda? tade maknanye dah jam loceng ape bagai.. housemate punya jam berbunyi aku suh dia snooze, bila jam aku pulak bunyi aku off terus hp. dalam kereta, housemate aku tanya, "haishh tak leh jadi ni syikin..." aku jawab "kita kena cari jalan penyelesaian ni farah.."

penyelesaian : kahwin

;)

balik sekolah, kat kantin cikgu-cikgu masing2 tanya, buat apa cuti hari tu, pegi mana cuti hari tu, balik umah mak mentua ke cuti hari tu. hah. aku cakap tak buat apa pun, bawak mak pegi kenduri..mmg itu lah keje aku cuti sekolah hari tu, mak siap atur tarikh nak pergi kenduri umah kawan2 dia. sebagai anak merangkap driver, layan kan jer laaahh. balik kenduri aku plak yang berangan.. sape suruuhh.


hee. dah lama aku x berblogging, hilang skill memanah aku. pfft

Saturday, February 26, 2011

Home sweet......

salam.

hye. what a bored saturday. since aku dah menetap di Bagan Datoh, x bnyk bnda yg boleh aku buat. kwsn kmpung yang dekat dgn laut, hujung bagan datoh is laut. so awak imagine la sndiri how is my life here. :) untuk kaki2 pancing. tempat ni ialah heaven. udang galah ya Allah dah nak muak aku makan.

but this is not one of my complaining. everythings here is pure. masyarakat sini kebanyakan nye jawa. aku boleh tgk gerai2 jalanan yg menjual soto. aduh macam dalam cerita ada apa dengan cinta plak. kacang rebushh! he. satu suasana kampung yang mendamaikan. sekarang angin laut sepoi2 bahasa masuk melalui balcony umah aku sekarang. umah aku belakang nie ngadap pokok2. so damai nye. keadaan aku skrg adalah normal coz aku pun berasal drpd kmpung jugak, belajar 4 tahun kat pelusuk dunia kat ulu sintok, so tiada ape2 yang membimbangkan ;) mungkin Allah dah tetapkan semua ni. ada hikmahnye. cuba bygkan aku dpt kat sabah. or mayb K HELL? oh. alhamdullilah Ya Rahman..

how my life as a teacher here?

bila dah masuk dalam alam pekerjaan aku boleh nmpak warna-warna sebenar manusia. hampir sebulan kat sini aku dah boleh menilai bnyk perkara. tak payah lah aku cerita detail tapi apa yang aku pegang sejak hari pertama aku mendaftar diri kat sekolah ni ialah aku nak kerja dengan rasa tanggungjawab, amanah dan ikhlas supaya duit yang akan aku terima setiap bulan halal 100 %.. and i love the students! kalo kite mencintai apa dan siapa kita berhadapan. insyaAllah..

oh ya, bebanan kerja di sekolah berasrama penuh ialah sekali ganda beban guru biasa. kitaorg bukan sahaja run program di bawah ppd n jpn, tapi dibawah pengurusan sekolah berasrama penuh. pehh. selama aku hidup, aku mmg payah nak tidur dengan meletakkan kepala di bantal je. skrg semua dah berpusing 370 darjah. ;)

baru2 ni aku di amanatkan untuk mengajar. kataGPK, ada pengeliling yang mengatakan kaunselor kena mengajar 6 bulan pertama perkhidmatan, tapi based on seniors, itu pekeliling lama. sekarang kaunselor bergerak sepenuh masa. urhh. as a freshie.. aku mengikut aje coz x pndai lagi nak bertindak ngikut pekeliling. ajar sivik je pun. tapi kelas2 f4 n f5 majoriti aku pegang. sudah lah itu, aku pun di lantik jadi ketua panitia bagi m/p tersebut. bwahah. logik x? tapi aku amik ni sbg satu cbrn dan satu pnglmn yg mngkin dtg sekali. sekali sudah la kot.

skrg untuk guru-guru baru, bahagaian pendidikan guru dan kpm dh buat satu program yg di panggil program pembangunan guru baharu or PPGB atau lebih mudah kite kenal orientasi guru baru yg memerlukan kitorang buat satu folio yang memenuhi isi kndungan yg ditetapkan. setiap 3 bulan pertama kene hantar ke bpg untuk pantauan. nape aku gtau? coz PPGB ni la yng menentukan ko boleh di sahkan dlm jwtn or x. skrg dh takde exam bagai. but still memerlukan komitmen yg maha besar. part paling best intake aku batch pertama yang run PPGB. boleh x?pdhl aku kene start dr hari pertama, tp aku still blur tatau nak mula mcm mane. pihak sekolah pun belum di mklumkan pasal bnda ni. mcm mane weh macam mane weh. uhh.


hmm. doakan kesejahteraan aku semua.

love

Thursday, February 24, 2011

POSTING

7 FEBRUARY 2011

SAYA DI TEMPATKAN DI SEKOLAH MENENGAH SAINS BAGAN DATOH..

LATER KITA BORAK.


Thursday, January 6, 2011

2011

salam.

wahhh. lihat lah dunia. sudah berbulan2 aku tak jenguk ke blog ni. berpenunggu sudah. haishh. malas nak cakap kenape coz who cares kan. tambah plak manusia yang tada nama dan rupa ni..

maybe tak telalu lewat untuk aku mengucapkan selamat menyambut kedatangan tahun 2011. seven eleven. hehe. so, setiap tahun aku tade azam pun, cuma harap setiap perkara yang aku tempuh, semoga laluan nya di permudahkan oleh Allah swt.

tapi! masuk je tahun 2011.. secara tidak langsung umor aku dah menjengah usia jubli perak. maka, amat lah perlu untuk aku menentukan hala tuju aku dengan sedikit panduan. acehhh.

aku dah buat list, tapi list tu hilang. besa la time semangat berkobar2 siap tulis pakai marker kat kertas warna2 lagi, bila cari balik dah hilang. aku rasa mak aku sorok. ;)

walaubagaimanapun aku amik pendekatan dan konsep perkembangan diri mengikut aspek JERI. haaaa. sapa hapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan mesti tauuuu.

pendekkan cerita, aku nak share la sikit kat hangpa suma, kot2 la boleh jadi panduan kat hangpa jugak.

J = JASMANI
E = EMOSI
R = ROHANI
I = INTELEK

faham? so aspek jasmani aku harap aku dapat mengekalkan kesihatan aku even aku ada bnyk penyakit berbangkit sepeti sindrom tak dapat kontrol kegilaan bile dgn kawan2 dan family. aku jugak harap tahun ni aku dapat menurukan berat badan ideal aku 48kg-53kg which is now i am obesiti. aku jugak harap tahun ni aku aku akan bekerja dengan tuntas. coz penantian satu penyeksaan. cepat posting means cepat for eveythings..;) aku jugak harap dapt kumpul duit sebanyak mungkin untuk mengelakkan loan untuk menganjurkan majlis perkahwinan. dapat memiliki harta peribadi sepeti handphone beli sendiri coz selama ni asik org bg. beli baju n sur bnyk2 ikut saiz S

aspek emosi pulak aku harap aku dapat mengekalkan hubungan baik yang terbina antara ahli keluarga. yeke?. ngekalkan hubungan baik dengan rakan2, teman2 baik, dan juga boifren. aku jugak harap dapat melawan emosi marah dan bengang aku supaya orng lain tak terkena tempiasnya. dan harap2 aku tak payah mengambil ubat preskripsi oleh doktor untuk menangani stress di dalam perhubungan. heh! dah mcm artis hollywood.

rohani. haa. ni aspek paling penting yang aku tekan kan. terlalu over untuk dinyatakan disini tapi konklusinya aku ingin mewujudkan hubungan yang lebih baik dengan Allah SWT. supaya Allah menerima aku sebagai salah satu makhluk yang mendapat perlindungan dari Nya.. Amin.

aspek intelek, aku harap aku lebih banyak menggunakan kemahiran berfikir dalam menangani masalah, bukan emosi yang di atas tadi. heh, selain itu puan2 aku harap aku dapat meningkatkan tahap keintelektualan aku dengan banyak membaca dan membeli buku2 ilmiah yang selama ni tak pernah kau buat. embarassssssing. dan juga menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi!

ok.. cukup untuk ari ni, aku dah lama x menaip. kekok sampai nak berkokok plak rase.

bye everyone ala2 oprah winfrey.

love.