Friday, May 1, 2009
sakit sakit
esok. 5hb n 6hb. doakan aku k?
fifie dah balikk.. balik langkawi untuk praktikal. peh jadi orang pulau kawan aku. teeett. cari kerabat mahsuri satu fi. hee.
cuti sekolah nanti kita jumpa kat k-hell eh? mmuahh. aku akan cari duit poket keje kedai makn siam kat tepeng fi semata mata nak jumpa ko. sedih.;(
gusi aku bengkak, nak tumbuh gigi bongsu. time sekarang la nak tumbuh pun. masa adik bongsu aku lahir tanak ikut serta plak. vuduh butul. aku taleh study nanti aku pacak jugak paku payung kat gusi ni karang. tapiii.. ilham cakap "dah nak sampai jodof dah tue". peh. aku terkinja!
pelik betol. tumbuh sebelah kanan. kenapa kiri bengkak weh? ada sesape doktor gigi kat sini?
haaaaaaa. tensen. koyok melekat kat rahang. satu buruk rupa.
jommm mandi.
Thursday, April 23, 2009
seperais beday pati.
Wuhuu. Aku tidur pukul 5 pagi semata mata nak catch semua chapter tapi ada jugak soalan yang tak dapat nak jawab best best. Poyo betul.
Belacan kertas jawapan aku td. Peh. Aku malas nak fikir. Aku ngantuk gila. Nak tidur dengkur dengkur jap lagi, tapi jap, aku nak buat something. Ingat tak 3 hari lepas birthday sape? Haa. Hee. Aku ingatkan takda apa apa untuk aku sem ni. Tapi salaaaaaaaahh jahhh.
My besties ever bijok mengatur plan, after dia abis paper killer, sempat lagi dia pergi jitra beli kek and make some preparation untuk aku. Hmm. Aku menangis lagi hari tu. Huu. Fifie, thanks. Kepada zarith, ain, tasha, mira yang sudi susah-susah tu. Thanks sangat-sangat. Aku sayang kau orang sampai mati. Thanks kek tue. Sedap. Tapi cayorr la pulak ekskrem dia, tak sempat aku nak liking. Haha.
Aku agak malas nak menaip rentetan peristiwa seperaiss besday party tu. Party ke?
Thanks ehem for the presents n the roses. I love u so much.
Ok, tak banyak gambar yang aku amik, sibuk nangis lagi, sibuk nak terkejut terkejut. Sibuk nak bukak hadiah lagi.. sibuk la sibuk la kau. Hee
birthday gift from zarith dan ain n shah. ;)
kek, roses and the gifts. thanks. ;)
kasih sayang korang aku lambung lambung. hee. sayang korang gak.
dah tinggal separuh tak sampai 10 minit. peh.
from the gurls, jocelyn, yasha, ani n hanis.
gift dari ehem. besor nye love. with my besties. fifie
he bought it from here.
sheww.. terbang terbang dari DHL
yuhuu. ive got it! kan i dah cakap dia sayang i.. weekkk.
weewoowee. looked at the engraving. gila la sayang kat dinasour.. mmuahh.
i love u guys n to the very important person in my life. thanks.
Monday, April 20, 2009
birthday girl.
heuuww. its my birthday yoo.. hee. im now 23. ok. thanks kepada kawan-kawan yang wish. di sebabkan aku dah bertukar number fon again, so tak ramai kawan-kawan lama yang hantar sms like a year ago, tapi it much appreciated ok. i love u guys.
malam tadi aku sorang-sorang je dalam bilik. melalak sampai bengkak mata. jiran aku yang birthday sama dengan aku pun, aku paste je wish note kat pintu bilik dia coz dia pun tak da kat bilik. celebrate kot dgn bf?. hee. happy birthday ida. dia da last sem. dah 3 tahun kita berjiran, pasni dah tak jumpa. huaaa. ive 2 semester to go. chaiyook..
kepada mak ayah, adik-adik, noni, intan, anwar, afiq yang wish.. terima kasih. sedih sebab tak dapat sama sama dengan family n adik-adik tersayang. sebab tu la aku merambu jer air mata macam niagara fall. betul ke aku eja?
kepada gift yang zarith, ain n shah bagi. ( ketuk bilik aku macam nak pecah, sorry bukan tak nak bukak tapi mata tak comel, malu... kepada jiran-jiran yang wish with hug n kisses, thanks, malu gila nanges depan kau orang..) thanks. cute. kepada ilham yang treat aku desert tu, thanks. kepada besties aku yang wish semalam fifie pun aku ucapkan terima kasih banyak-banyak terutama award tu, simple but memberi makna yang sangat mendalam. aku nangis ko tak da malam tadi. tapi takpe aku faham ko nak study kan.
hari ni dia exam. paper killer. so, sekarang mesti dia tengah berperang. angkat senjata tingi-tingi fie! muuahh.
kepada ani, tasha dan kawan-kawan lain.. thanks. aku sayang kamu.
hmmm. kepada ehem. thanks coz temankan b nanges. dalam telefon pun telefon la.. at least u always there when i need u. sayang u. sedih tak dapat nak spent masa dengan dia jugak, tapi aku faham sekarang ni kan musim final, takde sape nak layan kau la syikin. weee. tapi dia janji lepas 23hb baru boleh keluar for makan makan ke? kan? i love u sayang. hadiahhhh? ;)
lat but not least, kepada mama yasha, aunty jam, thanks for the greeting card. aunty sangat cantik and sweets.
semalam aku dah lepas satu paper.. esok satu lagi.. TINGKAH LAKU DEVIAN.. ok semua, jangan devian. jom study! berdesuppp...
then,
love
Sunday, April 19, 2009
my 1st exam paper
everyone..
petang nanti pukul 4 petang, paper sulung aku akan ku kemudi. ehe. KAEDAH MENGAJAR BAHASA MELAYU. peh. aku tadi jadi cikgu kejap mengajar fifie n hamiza kat dalam bilik aktiviti kolej aku. sekarang fifie tgh melalak. teori mekanis.. mentalis.. pendekatan induktif, deduktif.. dan bla bla..
esok aku duduk sebelah kau eh esok. kasi copy copy cat eh? mmuahh.
wish me luck.
" kin, di sebabkan aku ada paer hari ni dengan 20hb nanti, aku takde mase nak pk pasal birthday ko.. so amik ni dulu..."
hee. ive got an award. later on k? aku upload. thanks fie. happy to tears.
kesayangan aku pun dah tidur. sian dia pening kepala, tadi baru jual motor eh. duit dah banyak.. apa kata kita bina masjid? ;)
"ehemm.. tak dapat nak treat b kat restoran berputor-putor kat kl tower.. kat menara alor star yang gagah la sangat tu pun pun boleh laaa."
tomorrow is my birthday. aku dah 23 habibi habibah oi. si'at.
ohhh. bila la nak siang nie. tak sabor nak jawab cepat n tido.
love.
Monday, April 13, 2009
tak tau nak letak title ape.
Im listening to deeper conversation by yuna.. Purposely, im dedicated this song to my lullaby.. don’t miss me ok. i sedang merajuk begitu jua dia. sorry coz shouted at u. Anyway, will ‘mishscha’ too. be good tomorrrow.;( ;(
Ramai yang tertanya 2 siapa kah gerangan ehem tersebut.Rahsia. I would tell u peoples ( who care, thank u ) with arms wide open when the time is come. Wa janji sama lu.
I’ve a few experiences when it comes to love. So, I wont and never telling people whowhatwhy.. ;) Im glad to having a very good friends around me and support me when im not really in a ‘good’ condition. Together we keep holding on and we finish it strong. I know the previous time is really torturing us, hardly. But I really thanks to all of u doela’s because being here to cheers me up. Bottom in my heart. I cant live without u all babes. Hug n kisses.
Im lucky because im in love with my bestfriend. He loves me like he read an open book. Don’t stop read me, don’t stop learn me, don’t stop understand me. Because im here still to do the same..
About the past. Thank for the memories. Tanpa ‘kalian’ mana mungkin gwe sekuat gini deh..
Thanks for the tears
Thanks for the hopes
Thanks for the dreams
Because without the ‘thingy’.. im not like what I am today. Without u all ‘gangsta paradise’ im not melting with him now. Much thanks.
Love.
can u give me a call? ;(
Saturday, April 11, 2009
musik indah
aku? NO. puas aku berfikir. speaker laptop aku pun da semakin husky di sebabkan high pitch sangat.. so aku terfikir i need a new one. not earphone ok.. something more than that. more relevant.
but, my ehem cakap nano dah tak relevan lagi la sekarang b....
" oh eh?"
oh jelitawan oh rupawan. im craving. haha. aku tahu dia sayaaaaaaang aku. huhu. tapi mana boleh tanding sayang saya kat awak la dinasour!! mmuahhhhh.
last statement.
" tapi... kalau baby nak esok lusa, tak dapat la eh.. tapi akan datang ehem belikan tau.."
ok moky. i love u i love u. cant hardly wait.
"tapi buat masa sekarang baby guna iPod ehem yang lama ni dulu eh. dah tak keluar dah sekarang tau. 1st generation punya.. in a good condition lagi laa.."
jadi lah kan... sementara jer...;)
" hmmm. ok..;) "
i know u love me, so do i. thanks coz being my master healer ever.
so malam tadi tidur aku nyenyak di iringi alunan musik indah banget sih.. now on im listening to The show by lenka.. oh heaven....
i need to take a bath right now na na na akon before he texted me again again.. lady gaga
then.
Friday, April 10, 2009
loser n winner
hye, im just back from my hometown..heekk.. P.059 BUKIT GANTANG. balik mengundi okeh? di sebab kan mak aku Timbalan Ketua Wanita UMNO kat kampung aku, so aku di kerah balik..
ami : mak.. nak kena balik jugak ke?
mak: hoit cik kak, 1 undi pun di kira penting!!
peh. mak aku gila semangat. kesimpulan yang boleh aku simpul kan berdasarkan pemerhatian.. pilihan raya paling hebat pernah aku tengok.. semangat gila orang-orang tempat aku. yang gocoh-gocoh.. yang perang poster.. yang itu yang ini.. yang penting kepulangan aku berbaloi. heee..;)
walaupun BN kalah ( mak aku superb kecewa ).. tapi kubu kuat PAS kat bukit gantang selama ni, BN boleh menang pulokkkk... POLITIK. that is the best thing. aku tak nak la berpolitik lebih-lebih. Banyak yang aku nak share sebenarnya.. tapi status aku sebagai seorang pelajar ni menyempitkan peluang sikit.. kang tak pasal-pasal aku kena panggil dengan VC. shhh.. abg, jangan msg Nordin Kardi tau..;) biasala, adat bertanding. yang penting ada perubahan.. jangan kecah lebih ok?
DAULAT TUANKU.
Ok.. aku sempat balik rumah 3 hari aje, di sebab kan kerinduan yang amat sangat dekat buah hati.. aku terpaksa la balik awal, lagi pulak aku tak boleh nak study kat rumah.. asyik nak tidur, menangis kerinduan, berjalan, menghabiskan duit... hmm. tak boleh jadi, aku cepat-cepat beli tiket balik.. hehe. semalam dapat jumpa ehem sekejap. happyyyyy.
aku balik sini semalam, malam semalam jugak fifi balik. peh. sedih.;( aku tinggal kau 3 hari, kau tinggal aku seminggu lebih kotttt. jahat siat. malam tanpa teman, siang aku keseorangan. fifi kau kejam.
tapi tak apa, ehem ada. aku tengah berfikir baru 3 hari tak jumpa aku dah macam bernafas dalam air (yuna cakap).. bayangkan cuti semester nanti.. arghhh.. rindu. dah la dia jauh menghala ke selatan. aku kat utara. kat pantai barat kita bertemu ye ehem? ehehek..;)
hari ni jumaat, kali ke 4 aku terlupa, ehem gi sembahyang. kejap lagi kitaorang nak gi makan. tak sabar nak jumpa dia. angin meoowww betul la aku. kah3.
syikin, studyyyyyyyyyyyyyy! 9 days to go. my 1st paper. kaedah mengajar BM. asal nak muntah tetiba ni?
love.
Friday, April 3, 2009
ehem ehem
hye everyone. today is day 3 of aprilia.. hehe.. still counting the date day by day. ;)
aku baru perasan yang aku dah gagal mengurus blog aku dengan baik sejak akhir-akhir ni, kalau kau orang perasan pulak, aku selalu nyatakan alasan yang abstrak. yang konkrit = aku malas.
dalam sebulan jarang aku menjengah ke laman ni. untuk tujuan ilmiah je aku online. ececeh. tak ada la aku memang agak busy dengan aktiviti harian. tapi bagi doela-doela aku yang tahu apa makna busy bagi aku, mesti dia orang sumpah seranah aku sekarang kan kan kan? hey babes, leks la. haha. aku pun nak mellow3 jugak.
aku akan start final exam 19/4 - 6/5. pehh. you do the math. aku malas betul la nak harung. sem ni jugak besties2 aku habis exam awal sebab dia orang ada praktikal kat sekolah. starting 2/5 da kena mengajar. sober betul la jiwa sekarang, mana tak, dorang praktikal sem 6 time cuti semester, time aku praktikal sem 8 nanti kawan-kawan baik aku dah lepak kat rumah tunggu surat posting je. tah-tah ada yang sibuk nak manage wedding day. eee. double eee.
kepada ani yang memilih Taiping sebagai tempat kau buat latihan mengajar, welcome to the heritage town. hee. nanti aku balik ni, aku cari kan kau rumah sewa yer. senyum sikit. ;)
kepada al-fifito yang tersesat mengajar kat Langkawi, aku.. aku harap kau ngajar la betul-betul eh? kasut dah beli waaallah punya cantik, beg da coach, jam dah GC,( haha ) baju kurung pun dah ayu.. sikit jer lagi kau kene touch up, make up sikit eh doels.. jangan senyum kat students at the first day, tunjukkan ketegasan ok? give me ten besties! jangan asyik nak gi beli hersheys.. nak makan coklat kisses.. toblerone.. daim.. pantai chenang.. nak berbikini..( mind ur bikini's area, haha ) kang berdesup jer penampor kanan lekat kat muka kau kang. yang penting, jaga diri kat tempat orang.. jaga kelakuan kat umah amyrah tu. jangan asyik nak ngadap laptop jer, bawak-bawak la menolong kat umah orang tu eh? u r 23 old laa... bukan umur 2 atau 3. gambate.
dah dah, zohor jom
love.
then.
** the psb1.uum.edu.my. under maintainance pulokkk. orang nak exam time la ni nak under2 semuanya. grrrrrr.
Tuesday, March 24, 2009
TERSIAT
dah lama tak menaip, aku rasa kekok. sudah lama memendam rasa, aku rasa.. hee.. tak ah. dah lama aku tak nge-update kan blog aku. mereka pun bertanya kenapa dah lama tak update.
alasan is alasan. still.
sebab awak lah perhatian saya sejak akhir-akhir ini telah teralih. switch... nak apple note book. ;)
life aku as student, hmm. pejam celik, aku dah nak final. seperti biasa aku akan tanya pada diri sendiri setiap hujung semester.
" apa aku belajar sem nie? peh. serius. aku selalu macam ni. ee. tolong la syikin, serius la sikit study.. lagi 2 sem je nak habis.
so, kawan-kwan, aku doakan yang terbaik untuk kau orang final nanti. middle of april. hmm. study ok? dont be just like me. GOOD LUCK.
baru-baru ni aku balik taiping, with my darla2 n buah hati. my mak said, my badan is kembang..................................... silent. mak.. u should say something else la. baru 3 bulan kot x jumpa. badan aku dah naik ke? eh, seluar aku size yang sama lagi still. apahal pulak kembang, dada makin kembang ke? duh. jangan dulu. muffin top aku jer terlebih sikit.
i need HELLLLPPPP.
DIET NEED MONEY.
LOVE
;(
Thursday, February 5, 2009
entry marathon
1. Life/hidup
Ok, life aku sebagai pelajar, tanggungjawab utama ialah of course laa study kan, tapi bagi kebanyakan kita ( pelajar ) terutamanya pelajar institusi pengajian tinggi, rangkuman maksud BELAJAR tu tipikal GILA. ATTEND class, BORAK, ada GAP, pergi MAKAN, LIBRARY? Jangan harepp. DISKUSI? Ok, pergi jalan. ASSIGNMENT. Tunggu 3 hari submission date baru tergopoh gapah cari BAHAN. FINAL EXAM? Esok nak exam, hari ini baru nak print notes untuk catch up WHOLE SEMESTER. See? Ini baru sikit, pantang ada cuti je, Hari Kaamatan, Thaipusam, Gawai, Wesak.. semua orang tak kira bangsa dan agama pun ambil KESEMPATAN meronggeng ke sana sinun. DUIT habis jangan TANYA. TUKAR GADGET setiap semester. Hmm. Yang penting masa muda jangan DI ABAI begitu sahaja. BETUL? ;)
Aku tak cakap kau orang la, terasa pulookk.. ini semua perangai students kat Madagascar je.. kita pelajar IPTA/S Malaysia bagussss. Sangaaaaaaaaatt.
Omong-omong, aku cakap untuk diri sendiri jugak ni, banyak yang aku abaikan sepanjang 6 semester aku kat sini, belajar main-main aje. Hmm. Sedih mak ayah aku kan? Terima kasih kawan-kawan yang banyak “ membantu ”..;)
Semester ni, semester pendek, so ada banyak benda nak kena catch up, semua assignment nak kena hantar awal, final exam just in April wehhh.. aku ada Makroteaching beb! Im not ready.
Aku bakal guru dan kaunselor. Layak kah?
Istighfar.. insyaAllah..;)
2. Love/cinta
Ok, bab ni aku suka amat nak cakap. Haha. So typical. Hmm. Sekarang ni status aku ialah parasit. Well.. akak dah tak kisah non.. aku menumpang kasih sayang orang lain. ( jangan la Tanya siapa ok ) Aku dah gemuk hisap kasih sayang orang weh. Tinggal tak boroi je ni. Bukan apa, aku tak nak membazir kasih sayang.. biar lah, kasih sayang yang sepatutnya aku tumpahkan kat SI DIA yang masih belum aku temui terisi dengan kehadiran “mereka” yang menyayangi aku. Baru lah kasih sayang tu tak bazir begitu sahaja. Ye dok mung? Aku sedar cinta bukan sesuatu yang mudah untuk di perkatakan. Setiap orang ada worldview masing-masing. Aku sedar diri. Orang panggil aku memey suhasyikin. Wehh.. aku lepak jerrrr.. ( cerita lain, nanti ada peluang aku buat entry khas )
Di sebabkan pilihan, aku memilih untuk tidak menghebahkan kepada kebanyakan teman yang aku bukan pengguna MAXIS lagi. Masa untuk bertukar. Di sebabkan pilihan untuk tidak lagi berhubung dengan cinta-cinta lama, aku setia dengan 4049. hee..;)
Cinta aku pada penantian ITU. Aku rasa kadang kala pendirian aku goyah, tapi kebelakangan ini aku sudah semakin rasional dalam membuat keputusan berkaitan de amor. Cinta dalam hati. Ada relevannya juga kan? So, aku serah kan hal itu ( my biggest hopes ) pada Allahukhalik.
3. Engagement/ pertunangan
Semester ini aku dengar soh seh beberapa besties aku nak bertunang. Perghhhh. Melampaui batas batasan betul. Tak la. Aku tumpang gembira walaupun dalam hati ada la sedikit perasaan sayu tu. Bukan apa. Aku masih belum berpunya. Yeke belum? Ketaaaqqq. ;)
Jue jiran aku si cikgu IT tu kecah nak bertunang pertengahan tahun ni, sibuk memikirkan cara nak pujuk parents dia yang dia memang sangap nak bertunang. Aku cuba tidak ber-verbal lucah ok.
“ dok ahu gok gane.. kerol ajak aku tunang bulang nang ( 6 ) nie.. gane gokk..”
Aku : “ mung gatal mende gokkk…”
Zarith eleyana seorang lagi yang tak semena mena membuat aku terkesima beberapa hari yang lalu..
“ kin.. aku nak bertunang bulan 6 ni…”
Aku : “ haaa?? Kau orang ni kenapeeeeeeeeeeee?? ”
Anyway ada apa dengan BULAN 6??
Babes, lepak la dulu, kita baru 23 laa.. tunggu aku dah ada bf baru la kau orang tunang k? DEAL?
Oit syikin, Benda/perkara yang baik jangan di lengah-lengah kan…
Pray for someone... Hehe. Aku doakan kawan-kawan aku di permudahkan segala urusan di dunia dan akhirat, bertemu dengan jodoh yang baik, berbahagia di dunia dan akhirat. Amin.
Itu cerita pasal PERANCANGAN, so, ini pulak cerita pasal RANCANGAN yang dah pun TERLAKSANA.. aku nak ambil kesempatan ni nak ucapkan tahniah dan SELAMAT BERTUNANG kepada alya besties Myspace aku yang aku dah kenal hampir 4 tahun dulu.. dia lah antara kenalan terawal aku kat ms yang still keep in touch, dan dia lah gadis yang willing to sharing personal detail with me even we’ve just met in ms.. she is awesome. Really. So alya, I terkejut gilak bila tau u dah bertunang, sorry ive changed my phone number without noticed u.. at last, u dah jumpa ur MR RIGHT. I tumpang happy.. ;) Semoga hubungan yang termeterai kekal abadi. Amin.
Tapi ini pulak RANCANGAN yang aku tak pasti TERLAKSANA atau belum tapi aku memang panas hati bila dapat tahu. Hey.. inilah dunia internet. Klik je dah hebah satu dunia ok? So, memang aku tak percaya bila aku dengar rumours abaout his engagement dari besties aku fifie dulu, sebab dia always pretend like nothing will be happen. Hey man, saya tak kisah pun kalau awak bukan lagi macam DULU dengan saya, ye ke tak kisah? Yer la adala kisah sikit-sikit.. ( honestly ) tapi just bagi tahu je la. Apa salahnya? Kenapa nak rahsia.. sedih bila I found in ur blog ( even u never mentioned that u have ur own blog ) walaupun awak baru jer ber-blogging tapi sedih bila baca in ur entry awak terang-terang state the word “ tunang” . luka parah ok? Tak, aku tipu je. Tapi serius terguris, rasa tertipu, if so, saya nak ucapkan selamat bertunang, semoga ikatan yang terjalin sentiasa akan menuju ke tahap yang lebih baik. Semoga berbahagia hendaknya. Amin.
Yeahhh. Im loserrr.
4. Married and kids / perkahwinan dan anak
Bestfriends, schoolmates, classmates aku ramai sangat yang dah kahwin. Alhamdullillah. Kalau balik kampung je mesti aku termenung bila dapat kad jemputan kahwin kawan-kawan, mula la kau nak moody semacam..;) Tak ada la, aku gebang lebih. efa SMS aku baru-baru ni ( sorry fa didn’t reply ur mssgs, ive no credits that time ) dia informed aku yang isniza dah ada dua anak, anum my bestfriend sedang mengandung 7 bulan. Perghh.
“ kin, ko buat ape? Aku col anum tadi die ngandung 7 bulan, kin.. kwn2 kita masing-masing dah ade life n anak, ni yg jeles nie.. kite bile lagi? “
Efa. Leks. Masa kita akan menyusul. ( defence mechanism )
Jodoh pertemuan, ajal maut.. kuasa Tuhan.
Kitaorang tak desperate laa.. kitorang just saja aje nak buat gelabah baru la nampak wanita sikitt.. hee. Leks fa, kita study lagi, dia orang dah kerja.. so kita ikut je flow ok. dahhhh…. Malas nak cakap sal kahwin. Yang penting ada orang sayannnggg aku tauuu..;)
Mungkin di sebabkan umur yang semakin meningkat dan sifat motherhood aku memang tak dapat di sangkal lagi, sila jauh kan aku dari bayi atau kanak-kanak comel. Aku boleh jadi gila. Seriussss.
Ini budak aku rasa nak kidnap aje masa aku pergi Padang Besar a few days ago, sumpah weh, kalau mak dia tak ada, dah lama aku culik bawak balik kolej. Tapi kalau dia nak susu, aku nak bagi susu cap apa ha? Ala, relaks la, misha omar pun nak buat susu sendiri. Aku pun bolehhh peee.. ;)
5. Holiday / Percutian
Dah banyak kali agenda percutian aku dan doel’s tergendala ekoran pelbagai obstacles. So, semester ni kitaorang nekad akan cari satu masa untuk pergi bercuti. Ikut perancangan NEXT WEEK, kita orang akan pergi LANGKAWI ISLAND. Kali ni pasti JADI!
Itu baru plan dengan doel’s yang asyik tergendala.. cerita kawan-kawan kohort ( B. Ed. Guidance n counseling ( hons ) ) aku nak pergi bercuti pun asyik tergendala sejak beberapa semester lepas. So, di sebabkan kami hanya tinggal 2 semester sahaja sebelum tamat our first degree ni, kami terkejal untuk merangka percutian bersama. So, middle of MARCH, we are planning to have a trip to Haytai and Songkhla. Dan pada semester hadapan maybe pada bulan OCTOBER, kami akan terbang ke BEIJING. Pray a lot babes!!! Seronoookkkk. DUIT? Sama-sama kita usaha okeh?
So. Aku rasa rumusan yang patut aku buat.. errr...
Arghh.. malas nak sambung menaip..
Then,
Love.
Monday, February 2, 2009
open up
hai.
aku tak sihat sangat la hari ni, sakit tekak, hidung nak selsema dan tak lama lagi confirm batuk. please jangan demam. kawan-kawan, how's holiday? hehe. cuti seminggu kali ni aku betul-betul guna dengan penuh manfaat. hee. lepas tasha, kak ida n anis balik hometown masing-masing, ( nanti aku upload gambar diorang kat TAIPING keh? ) aku di belenggu kebosanan melampau, so, aku dah bertambah 2 kg dalam masa seminggu? huh? tak cukup debab hape? lepas makan tak semena-mena mata jadi kuyu, arah kaki laju ke laluan kamar.. tilam empuk mengoda aku.. kelepukk! hee. padam..;) nak kena diet...
setiap malam aku di temani panggilan telefon dan perbulan tanpa henti. lets talk puas-puas..;)selama beberapa jam. yeke? bangun lewat, confirm la coz tidur pun lewat kan? so. dont blame me. ;) thanks caller. caller ke healer eh? ;)
thanks ilham, ain n shah singgah umah malam sebelum kau orang balik UUM. hee. jumpa mak mentua eh ilham.. hee.;)
later k?
sleepy...
love
Thursday, January 22, 2009
break the holiday
;)
esok aku balik Taiping. yuhuu! tapi awal-awal lagi mak dah call pesan hari sabtu kena ambil adik bongsu kat hostel. addehh. freak!
kepada teman-teman, sahabat handai yang dah siap melingkar kat katil rumah, aku harap kau orang semua enjoy ur kong hey fat choi holiday n mid term break? huh? tah la. aku tak ambil port pun takwim universiti ni, kalau ada orang tanya..
" kau balik bila?"
aku akan jawab dengan persoalan
" cuti nya bila?"
ha. aku memang student yang baik. assistant takwim aku ialah tak lain tak bukan asmaliza fifie. dia ialah orang yang rajin menggodek takwim dekat laman HEA. hee. dan dia juga lah yang paling bersemangat tempah tiket balik Melaka awal-awal. tah apee2 ahhh.. kata zarith.
babes, enjoy ur day, jumpa lagi next week. ye ke?
tasha, hanis n kak ida ikut aku balik Taiping, aku dah ada plan nak bawak dia orang pergi mana..
*makan yong tau fu
*mandi burmese pool
*panjat bukit larut
*pusing lake garden
*ellyatambhy ( betul ke ejaan ni? ) at the night. huahua.
sebelum balik, aku check shout out, fiza tagged aku la.. so, aku jawab tagged dia dulu while im shooo free ni kan.
1. If your lover betrayed you, what will your reaction be?
oh. mula2 tarik nafas dalam2. perghh. mencarut sikit2. nangis, lempang sikit, istighfar, ok kau boleh blah skrg..;)
2. If you can have a dream to come true, what would it be?
hee.. be a part of him
3. Whose butt would you like to kick?
kaki pendek. tak baik kick2 orang.
4. What would you do with a billion dollars?
what would i do? hah. simpan..)
5. Will you fall in love with your female/male bestfriend?
hmm.. ehem.. fifie tolong jawab kat aku jap. addeehh. no komen.
6. Which is more blessed, loving someone or being loved by someone?
both. these two things may complement each other.
7. How long do you intend to wait for someone you really love?
sampai aku dah x larat. penat. mayb at the last pit stop. STOP. then stop la.. ;)
8. What do you pray each day for your loved one?
dekat kan lah hati ku dengan hatinya sekiranya aku telah kau ciptakan untuknya..;) serius aku doa hari2.
9. What takes you down the fastest?
erm. failure. missing someone.
10. How would you see yourself in ten years time?
im a very talented lecturer in the top novarsity, really humble person, cute mama, lovely baby, caring hubby. aminn.
11. Would you rather be single and rich or married but poor?
susah tol soalan. ok. based on my rational thinking, i pick married and moderate. tak de dalam senarai eh?
12. What’s the first thing you do when you wake up?
alhamdullilah im still alive. thinking.
13. What’s the character must have in your partner?
banyak, tapi ambil satu dulu, LOVING.
14. If you fall in love with two people simultaneously, who would you pick?
adoyaiii... lat li lat lai li tam plong.. hehe, tak. istikharah.. Allah maha mengetahui so, i leave it to the Almighty.
15. Would you forgive and forget no matter how horrible a thing the someone has done?
hmm. mayb i will forgive but not easily forget, duuhh, im human being beb. manusia biasa.
16. Do you prefer being single or having a relationship?
depends on. kalau ada relationship tapi tak happy, menyakitkan hati, x membawa apa-apa makna, better single dulu..;)
ok fiza. dah setel. selamat bercuti.
malam ni, fifie, zarith, ani and a few friends of mine turun KL, so.. take care lovelies. happy holiday. gong xi fa cai kepada kawan-kawan berbangsa cina. terima kasih buah mandarin okeh?
then
love
Friday, January 9, 2009
sibuk sibuk
haii.
sejak semester baru ni, aku di landa kesibukan tahap 5. macam-macam benda nak di uruskan. sampai aku lupa tentang dunia aku yang pelbagai. ececehh. tak ada la, aku memang betul betul busy, dengan kelas yang berderet, dengan itu ini, penat wehh.
hari ni jumaat, cuti. so, ada la masa aku mengadap cikenet. hee. aku lupa, sepatutnya aku dah blog about my besties birthday 6/01/09 hari tue, tapi di sebabkan masa yang terbatas dan laptop aku yang vuduh di hantar format dan semua file aku corrupted. gila best kan? semua gambar aku terpaksa di hantar ke rumah itu lah. jadi, emosi aku tertekan gila. thanks buah hati rafi..;)
okey, fifie, aku harap kau suka hadiah yang aku bagi, serius. aku tak pandai bagi hadiah kat orang la, nasib baik kau bagitau aku kau nak apa, senang cerita.. bagusss.. aku harap aku tak lupa malam surprise jadian malam birthday kau. hahahahah. aku pecah perut malam tu. macam mana aku nak buat surprise kalau kau dari pagi sampai malam asyik mengekor aku. shiuuutt. hehe. apa-apa pun fi, keropok ikan dan hadiah tu adalah surprise paling spontan dalam dunia. dapat tengok muka kau nangis gak kan? haha. dah aku malas dah nak taip.
happy birthday fi yg ke 23, ko paling akak antara kita orang. yuhuuu!
semoga Allah panjangkan umur, murahkan rezeki, di permudah kan segala urusan di dunia dan akhirat. berusaha! ilmu budi dan bakti fi! love u..;)
then, love.
sorry la, mals nak upload gambar.
Thursday, January 1, 2009
2009
tahun 2008 adalah tahun yang indah bagi aku. dah jadi kenangan dah jadi sejarah. aku belajar banyak benda banyak perkara, aku kenal banyak orang aku faham pelbagai ragam. aku juga menopaus tahun lepas. ;)
then, love.